Wednesday, October 15, 2008

salah aku kah islam?


assalamualaikum...

berkelana di negara orang memang tak lengkap tanpa ujian-ujian nya... setiap hari perkara baru akan muncul, dan kita harus bersiap sedia sepanjang masa. kali ini, isu yang paling sensitif telah disentuh, bahkan menjadi topik hangat dikelas aku mungkin sehangat isu nya diluar. keislaman kami, agam kami itu, menjadi perbincangan rakan-rakan...mujur semua bertindak professional, sekadar untuk mendalami, bukan untuk menghentam kami dengan segala provokasi. yang ditanya juga harus la cerdik, jangan cakap ikut sedap mulut jer, kelak nanti terperangkap di jaring sendiri.

dalam kelas oral kami, sebuah forum (seolah2 interview dicorong radio) akan diadakan. seperti biasa kami dibahagi dalam kumpulan-kumpulan kecil. aku bersama seorang perempuan Brazil, Flavian. dia ni memang suka buat benda-benda berbentuk perbincangan ini. dia telah memilih satu tajuk 'poligami dalam islam'. aku sedikit terkedu, tetapi sepantas yang mungkin, Allah membantu menghalau gusar dihati ini "ini lah masa nya untuk engkau menjelaskan apa yang berlaku dalam poligami menurut islam"... ia satu jalan dakwah juga, jadi, belajar bahasa perancis ini telah memberi aku satu lagi ruang untuk berbakti dijalan Nya.

Flavian bertanya. "kenapa islam mebenarkan poligami? ia isu sejagat...kerana dalam majalah Le Monde juga ada mengatakan poligami yg berlaku di Mali, dimana wanita dilayan dengan tidak adil. semalam kami berada di kelas Oralite du francais lecturer (prof Amrani Abdurrehman-jelas seorang islam juga) ada menyentuh mengenai poligami yang pada dasar nya adalah untuk membantu janda-janda mangsa perang pada zaman dahulu."

dengan sedikit ilmu didada, aku menjelaskan, ia memang berlaku dalam hidup ini. bukan setakat negara islam, tetapi juga dalam budaya lain, cuma kerana ia berkaitan islam, maka ia menjadi isu yang besar. sebelum itu, untuk pengetahuan, ada syarat2 yang agak ketat untuk membolehkan seorang muslim itu berkahwin lebih dari dua. keadaan fizikal, kemampuan dan sebab2 dia berpoligami. yang anda lihat kekejaman rumah tangga itu adalah kerana mereka mengambil mudah syariat islam. bahkan paklong aku sendiri berkahwin tiga, mereka bahagia (ada cerita lain antara keluarga aku dan pak long).yang penting seorang suami harus la adil dan tegas dalam menjadi kapten didalam rumah.

Flavian tersenyum, mungkin dia mahu penjelasan yang lebih, tetapi aku mematikan perbincangan dengan mengatakan ia akan disambung pada jumaat ini. sebenarnya, aku harus membuka kutub khanah islam dan merujuk pada mereka2 yang lebih pakar dahulu.

tiba-tiba Marion (seorang wanita jerman) dan Aimi bertanya kepada aku 'kenapa wanitra islam bertudung?'. Aimi?anda seorang wanita islam, kenapa anda tak menjawap sendiri? hurmmmm...soalan yang biasa dilontarkan oleh orang2 kafir ini... dengan otak ku yang tidak berapa cerdik ini, aku memberi perumpamaan wanita itu seperti sebiji epal.

Imaginez-vous que j'aime une pomme, très rouge et très délicieuses... je ne veux pas que les autres insectes la dérangent, je ne veux pas le rayon du soleil 'abime, le froid de nuit la détruit...que dois je faire? Avec un sac, je la couvre, pour qu'un jour, cette belle pomme est toujours la pour moi..et elle sait comment se comporter pour quelqu'un qui l'ennuie."

" cuba kalian bayangkan, aku amat mengasihi sebiji epal ini, sangat merah dan sangat lazat... aku tidak mau serangga lain menganggu nya, aku tak mau sinaran mentari merosakkan nya, dan aku tak mahu kesejukan malam memusnahkan nya... apa yang aku perlu lakukan? dengan sebuah beg, aku menutupi nya, supaya satu hari nanti, ia selalu kekal milik ku, dan dia sendiri tahu untuk menjaga diri kepada seseorang yang merinduinya"

hehehe, aku memang arif benda2 macam ni.

Marion menganguk... tapi dia bertanya, "tidak kah ia satu ketidak adilan kepada wanita?"

"keadilan apa yang engkau rapik kan?islam itu agama yang adil, kami amat menghargai wanita kera mereka la ibu kepada generasi kami. Allah menghadiahkan sebuah surah 'an-nissa' kepada mereka agar mereka tahu kewujudan mereka didunia ini amat dihargai.cuma anda perlu bezakan antara jalan agama dan budaya setempat, dua benda yang berbeza, tetapi selalu bersama. bagaimana orang arab yang menzalimi wanita dan berperang, bukan itu yang agama kami ajarkan...bahkan kami di Malaysia boleh hidup aman damai, bertelingkah sedikit itu kan lumrah.lihat?agama yang satu, tapi dua bangsa berbeza dengan budaya masing2.'

kelas pun tamat, tapi aku tersenyum, kerana walaupun hujah yang sedikit, aku telah memberi gambaran kepada mereka.

aku bertemu Muhammad (seorang pemuda Libya), bertanya jika dia mempunyai waktu. kami menuju ke tepi sungai Doubs, bekal nasi beriayani dan serunding yang Amir masak ku keluarkan dari beg sandang adidas yang baru aku beli itu. sambil mata memandang sungai yang mengalir, aku pelawa Muhammad untuk menjamah bersama. "c'est tres bon!comme chez moi!"-sangat sedap, seperti yang ada dirumah saya!- hahaha, aku ketawa kecil melihat sahabat ku ini yang bersaiz XXL, apa sahaja yang kau akan kata tak sedap didunia ni wahai Muhammad?

aku memulakan bicara, mengenai persoalan-persoalan yang dilontarkan dikelas tadi. bagi ku, dia seorang arab, pasti lebih arif mengenai perkara sebegini. aku bersetuju dengan kata-kata beliau,

"jika berhujah dengan orang kafir, jangan diguna hadis dan firman, mereka tak kan percaya, gunakan logik akal. atau kalau menghafal kitab-kitab mereka, gunakan ia sebagai isi hujah. mereka mengatakan mengenai poligami dan tudung, padahal perkara ini juga ada dalam agama mereka. sebagai contoh, nabi Daud dan sulaiman, atau mereka gelar David and Solomon, kira sahaja jumlah isteri merka yang beratus-ratus. itu mereka tidak pertikaikan?jika persoalan bertudung, suruh mereka lawat muzium-muzium seni, dan rujuk karya2 lama, kebanyakkan perempuan mereka juga bertudung, dan sister-sister di gereja juga memakai jilbab.itu mereka tidak persoal kan?"

aku juga menceritakan soalan-soalan yang pernah ditanyakan oleh lecturer ku di Malaysia. encik Thomas, yg menahan ku dari keluar rehat kerana ia ingin sangat mengetahui pasal poligami.

"kenapa hanya muslim sahaja yang boleh kahwin empat?kenapa bukan muslimah?"

terkedu jugak aku dengan soalan itu, tarik nafas dan jawab:

"secara logik nya, kamu boleh terima wanita berkahwin empat?dua pun saya tak sanggup tengok. kalau lelaki mempunyai kuasa untuk bekerja lebih dan menyara keluarga yang besar, tapi kalau perempuan yang ingin menyara suami-suami nya?bukan satu kekejaman?kamu sendiri percaya wanita bernafsu lebih besar dari lelaki (maaf kaum wanita, ini telah dibuktikan oleh kajian sains sendiri), kalau satu hari nanti dapat anak, mana kita tahu bapak nya?kamu faham-faham je la apa yang saya ingin cakapkan"

Thomas tersengih denga muka dia yang macam tomato tu...geram pulak aku tengok, rasa nak belasah-belasah jer.. dia menjawap, tapi kelakar bunyi nya.

"eh?boleh la, wanita mengandung sembilan bulan, kira la sembilan bulan sebelum itu ia melakukan hubungan denga saper"

ahhaha!jawapan yang agak tolol, dengan mudah aku patahkan.

"nampak sangat ko ni tak belajar sains, minyak dan air pun kita susah bezakan jika sudah bercampur, nikan pula mani manusia. walaupun DNA test itu ada, naluri manusia, selalu sahaja yang tak kan berpuas hati. jika nak adil sangat lelaki n perempuan, kenapa kita yang lelaki ini tak boleh mengandung?mana keadilan?"

'tu es malin Hamzah!'

hehehe, biasa la..agama ku, sayang intan payung ku, haruslah aku pertahankan...

Mohammad tergelak mendengar peristiwa itu... dalam saat kami rancak berbual, ada beberapa orang arab memberi salam kepada dia, sedangkan aku mereka mengucapkan "bonjour!". tak mengapa, bukan salah mereka, mereka tak tau, orang jawa pun ada yang islam...hehehe!

jam tunjukkan pukul 10. aku kena lekas untuk kelas seterusnya. puas hati aku dapat berbincang dengan orang arab secara lansung. aku juga menjelaskan budaya dan agama yang selalu disalah tafsir. dan gelagat pelancong arab di tanah tumpah darah ku yang seolah-olah membuat pertunjukkan bogel percuma di bukit bintang.

Dia menjawap "Hamzah, kami semua manusia biasa juga, walaupun kami arab, dan mimpi pun dalam suasana arab, kami juga tak terlepas dari dosa. tiada jaminan orang arab semua masuk syurga. biasalah, manusia selalu mencari benda yang buruk untuk mengejek kita. tetapi sebagai orang yang berakal, kita boleh bezakan nya. imam-imam dan sheikh-sheikh besar tak ada saper yang berminat untuk kenal, tetapi jika artis seksi, sudah tentu jadi tarikan. ingat la, kita ini berada di tanah orang. jihad itu pelbagai. addin hu nasihah (agama itu adalah nasihat), gunakan bahasa yang mudah dan indah untuk menjelaskannya.. semoga usaha kita ini dabantu Nya sahabat ku.fi barakatillah".

aku mengangguk bersetuju. teringat perbualan Mokhsin dan Hadi "islam dipandang sebegitu.salah siapa?" "tentu la salah kita, kerana tak mainkan peranan"...ya Allah, aku tidak mahu menjadi tahanan Mu di neraka...

masa terus berlalu, daun-daun terus berguguran, musim luruh ini semakin sayu jadi nya... seolah-olah Dia mengerti perasaan aku yang tercampak jauh di negara seribu gereja ini. air sungai mengalir perlahan, sebagaimana perlahannya aku kecilkan suara berdoa kepadaNya...aku tetap Hamzah yang dulu, cuma jiwa ku semakin terusik..walau ku tahu, sembahyang aku tak se khusyu' para wali, ilmu ku tidak setinggi rakan-rakan yang lain...tapi aku akan tetap berusaha mencari sinar di bumi Mu ini..agar musim bunga yang akan datang, semerbak lavender dan lili akan tercabar dengan wangian syurga dari agama Mu. insya'allah..Maha suci Allah!

“meniti titian sirat tidak semencabar hidup didunia ini.andai kita masih berpegang dengan tali Allah, insya'allah, titian itu umpama sebuah lebuh raya yang amat luas untuk kita” -anjut tucker

7 comments:

fadly E.n.S.3.M said...

salam..suke point2 y ko kasi psal tudung tu n suke gak cara Muhammad tu cakap..xtpikir lak psal nabi2 tu even dah pnah bincang dalam usrah n psal jilbab even dah pnah pegi Vatican City..

bgos senanye tulis kat blog ko ni..at least org lain dpt jwp lau kne soalan2 camtu =]

anjut said...

hurmmm...pasal Islam ini memang tangungjawap kita semua...
tak kesah la sekolah dulu aliran agama atau tidak, sekali sudah bersyahadah, tangungjawap tu dipikul bersama...
semua benda berkaitan kita perlu tahu.
maksudnya kita ini bukan pengikut yang membuta tuli, bukan islam kerana keturunan, tapi islam kerana hati...

semoga Allah membantu kita.aminn..

kudabesi said...

artikel yg bagus hehe..

tak sia-sia ko pg skolah agama

baru lah layak nak berdepan dengan tohmahan

izzyzatt said...

bagus gila jawapan kamu...tabik2....
sgt kagum.alhamdulillah~

take care ye.

anjut said...

kuda- hehehe, kan ke aku penah cerita kat ko pasal si thomas tu?

izzy- hurmm.nampak kan?beruntung jadi islam..terutama pempuan...

kepada semua-mohammad tu, nama sebenarnya mohammad othman ali, aku sorang jer panggil dia mohammad, bdk lain pgl othman, hahaha!dia bengang.

zatiMJ said...

hi Hamzah! found ur blog from suhaimi. i'm from ipba too. =)
nice one. lots of people asking about hijab too in here. but they were just asking not provoking. so it's easier to explain. slmt menegakkan panji Islam di France. meh la melwat Plymouth=)

anjut said...

subhanallah sis,
menjadi asing di negara orang, bukan la satu alasan untuk 'menyorok' dari kebenaran...
kesian tengok mereka yang lebih 'tertutup' dari wanita yang bertudung litup.
soalan-soalan ini seolah-olah ulang tayang bagi mereka yang membawa Islam..
tapi insya'allah, Tuhan akan memudahkan urusan hambaNya yg berusaha menjaga agamanya.