Tuesday, October 28, 2008

rencam hidup remaja kota (kurik nyer title dia)


sedikit berita sukan:


28 oktober 2008, Besancon, pasukan les Tigres de Malaisie menewaskan dua pasukan remaja Perancis 'le Coq' dan 'Les Grenouilles' dengan kemenangan yang mengkagumkan. pada mulanya, Malaysia kalah di tangan le Coq 2-3, tetapi bangkit dengan agresif menentang les grenouilles dgn kemenangan 3-1. kemudian perlawanan semula dengan pasukan le Coq menyaksikan persaingan sengit yang akhir nya berpihak kepada Harimau Malaya 3-1. gol terakhir dijaringkan oleh Hamzah Hamsan pemain kelahiran Johor (ngeh ngeh ngeh!). perlawanan berlangsung di padang Syntetique Malcombe. tahniah diucapkan kepada wira-wira negara Hadi, Faiz, Amiruddin, Azri dan Hamzah.

*berita ini ditaja oleh MILO, "majulah sukan untuk Negara!"








DEEPAVALI

dalam batch kami, ada seorang gadis berketurunan india. nama dia sasikala. kesian dia, sambut deepavali sorang2. so, kami ingat nak wat suprise utk dia. so, pada pukul 9 malam waktu Besancon, kami menyerang rumah beliau!sekali... dah kantoi, ada orang terkantoikan yang kami nak wat sambutan deepavali malam tu.

banyak hidangan malam itu. ada nasi goreng, makaroni, roti jala, kek, dan yang paling terharu, sasi buat satu manisan untuk kami. aku lupa nama dia. not bad!





cik Puan rumah : miss sasikala diucapkan selamat menyambut pesta cahaya!jangan sedih2, kawan2 ramai kat sini!



PIQUE NIQUE




keesokan harinya (ahad) kami merancang satu piknik bersama-sama. menu yang dipilih ialah PIZZA dari MACADAM PIZZA (satu pengusaha pizza terbaik disini, sangat sedap hingga menjilat telinga!)


jadi, semua orang menuju ke office du tourisme sebagai tempat berkelah. pemandangan nya sangat cantik. sementara aku, ayie n mat, kami menuju ke kedai pizza itu untuk membuat tempahan. 2 kotak besar pizza salmon dan sekotak besar pizza tuna...semua orang kelihatan gembira. yes, selepas semua bertungkus lumus berkerja pada waktu sekolah, apa salahnya jika kita curi masa untuk berehat bersama. mini memoir, kerja umah, semua dah hampir siap. jadi hati pun rasa senang untuk berkelah....

yang takder haritu Pamella (she went to UK), ina (g cinema) dan Farah (i dunno).




ayie dan alan, orang yang paling suka dapat makan pizza!


inilah pizza TUNA, dun worry, gerenti halal!

makan lah...jangan tercekik sudahhh...




beruang koala di taman tersebut.


hah, ni jejaka kacak dari mana ni?adusssss!




tiga jejaka pingitan




aku berjaya menangkap burung merpati ini...ingatkan nak bawak balik, boleh goreng...sekali tak jadi coz bau dia bucuk!



sesi memberi burung makan setelah masing2 puas memberi makan diri sendiri.




TENGOK! semua orang HAPPY kan?.ya Allah, aku paling suka gambar ini.melihat rakan-rakan gembira...diorang tak tahu tu...yer la, selama ni, pahit maung kami redah bersama. perjalanan kami masih panjang. ntah apa yang akan berlaku esok atau mungkin sesaat nanti. aku dah biasa hidup berkeluarga yang besar. keluarga yang ini adalah "keluarga" yang akan masuk dalam senarai buah hati aku nanti...diorang ni macam adik2, even ada kak piah yang tua beberapa bulan dari aku tu... nakal2 pun sama2, macam2 la. kalau bergaduh pun ada gak, biasanya ngan aku la, tapi baik semula nanti...alaaaa, alangkan lidah lagi tergigit...


"Syukur pada yang Esa, rahmat pemberianNya, persaudaraan, dan keharmonian"