Saturday, October 18, 2008

rakan ku yg comel....

ada sebuah cerita,
didalam kelas aku..seorang pelajar dari jepun.nama dia satoshi..umur dia 30 tahun, tapi muka lebih muda dari aku, berkat makan ikan mentah kot..tercabar aku...

dia datang kesini untuk belajar french dan jadi guru di jepun. dari 1st time jumpa dia, aku dah nampak dia pelik sgt...

tinggi nya paras bahu aku, muka memang jepun la. rambut pendek, n dia ada 2 je sweater yg dia pakai dari 1st day sampai hari ni. dia baik, kadang2 tersenyum sendiri, tapi aku tak berapa selesa kalau dia cari barang dalam beg dia, coz bunyi bising n kadang2 aku rasa nak tolong jer carikan barang tu sekali. tapi aku tengok tak der apa pun yang dia keluarkan.

aku penah try cakap jepun ngan dia..alaaa...ayat basic2 jer...dia tersengih jer...pastu dia ingat aku memang pandai ckp jepun, habis dihentam nyer bual dalam bahasa tu..aku jawap, 'aitt!aitt!!moshi2!,aitt!'..lantak la...

kadang2 aku kesian dgn dia, coz dia tak reti sgt ckp french. kalau lecturer ngajar, dia mcm buat nota, tapi kalau aku jeling, dia tengah tulis apa ntah dalam tulisan jepun, kalau dlm french pun, dia tulis benda yang tak der kaitan ngan french. kesiannnnn dia..

bulan november ni dia nak amik test C1. satu test antara idup n mati kami disini. test tu susah sangat!even kami pelajar malaysia kena amik sesi mei punya... masa aku tanya dia, dengan yakin serta pelat jepun dia cakap "saya akan amik test tu bulan november ni".. x pela, aku doakan tuk ko.

tapi yang aku geram, semua lecturers back up dia. misalnya, kalau kami diberi kerja rumah atau kena buat dialog atau apa2 kerja pun, dia ni tak pernah siap. tapi lectrr x marah.mana boleh mcm tu?bila dia nak pandai?

aku pernah kena partner ngan dia, kamii kena betulkan kesalahan dalam karangan simple yg lectrr suruh buat. dekat kertas dia, cikgu tu letak question mark yg besar...aku tengok pun kesian.dia tak paham soalan n tak tau buat... dia mulakan ayat karangan dgn 'par ailleurs' yg membawa maksud 'selain itu' !!!eiiiii!!!!geram nyer aku, itu karangan jenis surat tak rasmi, kalau tak tau sgt pun mesti korang tulis 'allo!' atau 'salut!' atau 'bonjour!' untuk mulakan ayat, bukan nyer tetiba 'selain itu!'...aku terangkan, dia tak nak terima, pastu dia ajar aku dlm bahasa jepun!ermmm.lantak ko la.

semalam satu kelas terkejut. dia mengaku dia seorang kacukan brasil-jepun!haaaaa???mana boleh?muka dia tak der seinci pun org brasil, bahkan lebih nobita dari nobita!aku dgn Flavia test portugis dia, dia kata dia tak paham..dia kata mungkin dia guna dialek lain. aku ckp, try la ckp, nak dengar.dia kata tak reti pulak. tapi dia kata memang dia ada family kat brazil.apa2 la.

aku bercampur2 perasaan tengok dia..kelakar, geram, kesian, semua sekali la....tapi dia tak nak terima orang tolong dia.aku rasa nak give up jer. sebenarnya ada banyak lagi cerita pasal dia. umur dia paling tua dari kelas, tapi semua org jaga dia mcm baby. semua org sekarang ni tengah bimbang untuk dia coz dia nak exam...ada saper2 bleh bg cadangan utk tolong dia ngan berkesan tak?je n'ai aucune idee...

tu baru satu budak kelas aku.aku ada ramai budak kelas yang ada perangai pelik2 dan membuatkan aku bersemangat utk g kelas setiap hari...mungkin aku harus jadi seorang psichologist seperti kakteh...

5 comments:

AISHAH roslan said...

salam. uhu. kt CLA mmg blh jumpe org yg mcm2 ragamnye. ko tlg je la mana mampu. afte tu, sume nye t'pulang kt die la ...

anjut said...

hahaha, ko tau tak, aku pernah nak tercekik2 dia...pastu aku pernah marah dia dlm bahasa melayu coz geram sgt..hahaha!tp dia wat selamba jer...

Marini Abdul Rahman said...

salam mejah~~

hehe,klakar pulak bace cerita ni. esp part cari barang dalam beg tu, boleh bayangkan.takpelah,mungkin die ade masalah skit kut,maybe die lambat nak catch up smthg.hurm,kene byk2 sbr lah ek..

en tout cas, merci pour tes conseils!=)

JHaZKiTaRo said...

movie2 dlm my blog tu dah boleh tgk dah..

anjut said...

dear nini- mmg geram duduk sebelah dia.rasa nak picit2 pun ada!hahaha!

saudara kitaro- ok, i'll try.

ermm, i added u guys in my blog list as ur blogs are fantastic!hehehe!