Thursday, October 2, 2008

pergi nyer sang Rahmat n muncul sang Kesyukuran!

berbaju teluk belanga dengan samping samarinda bunga tabur pilihan bonda tercinta...


Kabare semua?waras?hehe!

hari ni masih lagi dlm mood raya, jadi topik kita pada hari ini juga adalah RAYA!!!
sebenarnya ni bukan kali pertama aku beraya jauh dgn keluarga, kali pertama ketika aku tingkatan dua, aku beraya di Langkawi bersama Kak Long n Kak Ijah..
so, x der la aku ni jenis yg mengada2 nak sedih2 (sbenarnya normal kot org sedih beraya jauh dari keluarga, cuma aku tak rasa sgt...coz my friends are here!).

seperti biasa, aku bangun pagi n mandi sunat hari raya, kemudian Aimi ketuk pintu, kami dah rancang nak semayang raya di sebuah tempat tu. janji pukul 7:29, tapi bdk2 ni lambat coz ada yg tertidor balik.so, aku naik bas sorang2 n tunggu diorang kat sana. Hadir sama adalah Maman, Esah, Kuku, Aimi n Aku...

Farid tunggu kami kat sana. masuk jer dewan semayang (kali ni dibuat di gimnasium coz ramai sgt org yg dtg), semua mata memandang... yer la, semua muka caucassian, sekali ada plak muka esotik mcm kitorang ni, terutama aku yg berwajah Raden Sukma ni. ingat, islam bukan milik arab jer!

mendayu2 takbir bergema... masa semayang tu aku rasa sebak n rasa sendu dah nak sampai kat hidung. bukan kerana raya jauh, tapi dengar suara imam yg baca surah tu. merdu n lunak.... hilang segala masalah seketika...Maha Suci Tuhan yg mencipta makhluk Nyer dengan segala kebijaksanaan Nya...

khutbah pun bermula. dlm bahasa arab (hehee, paham sikit2) pastu dlm french plak... antara intipati nyer "syawal adalah sebuah hadiah dari Pencipta kepada hamba2Nya yg memuliakan bulan ramadhan...".

balik umah, dengar lagu raya n masak megi campur telor!lapor!nak rasa kelainan, makan ngan serunding...boleh laaaa...raya la jugak!

TAPI MALAM SEBELUM ITU!

wajah tuan rumah yg ceria menyambut tetamu. merci kak Fizah!


Ayie dah lapor. suruh lead takbir taknak.

hehehe, unsur suspen disitu! malam sebelum raya tu, kami ke rumah kak Fizah utk takbir bersama... teringat jugak kampung halaman....

"jika waktu ini, riuh rendah anak2 saudara menjadi muzik latar rumah kami dihujung taman itu... suara emak mengarah2 anak2 nyer dlm tugasan yg berlainan bagaikan keramat yg dicipta utk memeriahkan suasana... 5 ekor ayam pasti tewas untuk kami sekeluarga sahaja. daging berkilo2 siap direbus bagaikan menunggu pesta yg bagai berlangsung...aku biasa bersengkang mata bersama emak utk memastikan rendang n ketupat sempurna dimasak, agar nanti esok para hadirin berpuas hati dengan rezeki yg Tuhan berikan itu. walaupun tiada adat bersalam2, ucapan kemaafan berbentuk jenaka menjadi usikan adik beradik. saudara mara bertandang dengan gelagat masing2, bersanggul, berkebaya, berjubah, bersamping bunga, n makcik2 aku yg pasti memperagakan barang kemas baru mereka....sepupu2 yg sentiasa kata 'eh?dah besar dah Anjut!' hakikatnya aku pun tak tau kewujudan mereka selama ini...antara drama2 yg selalu diulang tayang pada lebaran. n sudah tentu sarung duit raya bertaburan dilaman rumah kerana anak2 sedara aku sibuk membuka bank kecil di sudut laman..."

tapi tu semua dah jauuuuuuuuuuuuuuuuh sangat...


MELAYU DI PEKAN BESANCON?

hehehe, petang tu aku ada kelas. kami semua nekad nak pakai baju melayu.lantak la org nak kata apa.
kat dlm bas, semua mata memandang, tapi ada gak yg wish hari raya.kira ok la tu, memahami.
sampai kat kelas, suasan makin hangat. ada lecturer tu leh ckp melayu ckp 'selamat aidilfitri, kamu semua chantik-chantik'..hahaha!


dengan selamba nyer menunggu bas...'kenapa kamu pakai skirt(samping)?'


jelitawan n jelitawanis

RAYA LEWAT SEHARI

memang la raya kat sini lewat, tapi orang2 turki ikut negara dia, which was a day earlier. eleh, aku tak kesah pun cepat ke lambat, paling tidak neraka kita dibuka semula lewat sehari, yer tak?

2 hari sebelum tu kami (budak lelaki- Faiz, Ayie, Marc, Aman, Gowe, Hadi, Amir n aku) buat majlis buka puasa dgn student turki n azerbaijan. sebenarnya sebagai membalas budi diorang yg semangat ajak kitorang buka puasa dulu n mempromosi masakan mesia. hari itu kami makan nasi ayam, ayam masak merah, ayam goreng berempah, sayur campur (1st tym diorang jumpa), n dessert buah-buahan.sekor2 pandai masak, dah leh kawen ni, senang la bini kitorang nanti!

hidangan untuk semua. makan jangan tak makan!kelak menyesal!


mamat2 ni sibuk bertukar2 cerita yg aku rasa "asyik org Turki jer yg anggap bangsa dia bagus, ko ingat melayu tu tak best?kitorang tak suka riak jer"



BERAYA DIRUMAH AMAN

sebenarnya, ni tajuk tambahan. agak2 rasa penat petang raya tu balik dari kelas, kitorang g umah Aman. dia bg makan kari ayam dia tu (dah dua hari dia buat, panaskan balik, cecah roti.).ok Aman?aku bg ko markah 10/10..lulus tanpa diragui!

cecah kari tu!



demikian lah cerihik yg hamba perdendangkan. arakian cukup pipit mengeram akan diadakan pula pesta hibur libur, meraikan syawal yg begitu maklum meriah nyer... khabaran diterima bahawa segerombolan hulubalang dan dayang2 dari merata Peranchis akan bertandang untuk meraikan bersama...tunggu sahaja warkah hamba di lain waktu untuk menceritakan nyer...sekian.



"di kesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua umat islam. ampun maaf zahir n batin, insya'allah kita akan bertemu kembali dgn ramadhan n syawal ditahun hadapan"

3 comments:

biskott said...

selamat hari raya inchek mejah!~
mintak maap salah silap.

nota: baju raya aku pon ade kaler biru tahun inip..hehe..

fadly E.n.S.3.M said...

GAMBAR RAYA!!!!
mane gambar raye????

anjut said...

gambar raya dah letak la..