Monday, October 20, 2008

cinta...

monolog

Andai Mesir dan Nil jodohnya kuat, kuat lagi cinta hamba kepada Tuhannya…andai kisah kerinduan Nil yang tandus kepada Mesir pernah diukir didedaunan papirus lama, begitu juga cinta tiga segi, antara dua hamba dan Tuhannya yang sudah tercatat di Luh Mahfuz menjadi misteri langit yang maha hebat …

aku pernah tertawa sendiri, terkenang butir-butir bicara yang diungkapkan ‘Majnun ‘ kepada ‘Laila’ nya…benarkah lautan api sanggup direnangi ? Hutan rimba sanggup diredahi ? dan dada boleh dibelah untuk menunjukkan denyutan cinta yang terpateri ? atau ‘Majnun’ sendiri sudah ‘gila’ mabuk kepayang kepada ‘Laila’ yg hanya muncul diwaktu ‘malam’ ?sandaran nafsu semata…

muqadimmah

Kisah yang akan aku ceritakan ini, cukup sesuai untuk jiwa-jiwa yang mengharap kasih insani tanpa mengikis kasih Rabbuna. Selama ini hanya terdengar dari mulut yang berbicara, kini, aku sendiri melihat hikayat yang cukup indah ini didepan mata. Semoga Allah merahmati perjalanan hambaNya yg amat panjang ini…

awalan

“aku dibesarkan dipinggir Bandar Besancon. Didalam sebuah keluarga yang tiada pegangan agama. Kehidupan seharian aku adalah perkara yang berulang: bangun pagi, sarapan, pergi kesekolah, bermain dengan rakan, pulang ke rumah, makan malam, tidur dan berterusan pada esok nya. Seolah-olah kelahiran aku didunia ini sia-sia sahaja kerana aku memainkan peranan dan berfungsi untuk diri sendiri sahaja.”

Wanita berumur 22 tahun ini berhenti seketika, menghulurkan sepiring biskut keju jejari kepada hadirin yang hadir. Sebenarnya permulaan ceritannya tadi menjadikan aku lebih ghairah untuk mengetahui isi lanjut nya. Mahu je aku menjerit kepada yang lain ‘saper nak makan, amik sendiri heh. Wat macam rumah sendiri, jangan nak kacau kami nak bercerita’, tapi itu hanya ku pendamkan agar satu majlis lagi tidak hancur seperti apa yang aku telah buat pada majlis harijadi Uncle Muis. Benar la, sabar itu separuh dari iman. Tapi bagi ku, penantian itu adalah neraka dunia!

“ketika aku berumur sepuluh tahun, aku mula tertarik dengan agama kristian. Ku melihat rakan-rakan yang ke gereja pada setiap hari ahad. Mereka bernyanyi dan melakukan aktiviti bersama. Aku cukup hairan, kenapa ramai yang percaya wujudnya Pencipta?aku mula bertanyakan ibu untuk pergi ke gereja, ibu tidak melarang...aku mula mendalami agama yang baru kuanuti itu. Dengan teori trinitinya, perjanjian lama dan baru, aku menemukan banyak khilaf... jiwa ku meronta-ronta bertanya kepada diri sendiri andai ini yang aku cari.”

Wajahnya bertukar sayu. Sambil membetulkan tudungnya ala ikatan bandana, dia melunjurkan kaki sambil menyusun-nyusun kepingan gambar ditangan. Gambar ketika beliau kecil bersama keluarga tercinta. Ermm, cantik betul dia. Orang nya tinggi lampai, kulitnya kemerah-merahan, matanya bundar dan berwarna seperti badam muda. Persis seorang model catwalk. Tapi akhlak nya yang indah itu Berjaya menghijab lahiriahnya.


Sinar

“ketika umur ku 16 tahun, aku mula mengenali ada sebuah agama yang dibawa seorang nabi selepas Isa. Bersama agama ini terdapat sebuah kitab suci. Aku membeli senaskhah kitab ini dan cuba memahami terjemahannya. Sungguh pun perkataan asal nya bahasa arab, terjemahan nya sudah cukup mengambarkan isinya yang indah. Aku mula mengumpulkan maklumat mengenai agama ini. Aku selalu merujuk seorang kawan yang dilahirkan didalam agama ini.”

“bulan itu, umat islam sedang mengerjakan ibadah puasa. Aku pernah mendengar dan membaca mengenai Ramadhan, bulan yang dikatakan sangat istimewa. Di bulan keberkatan itu jugalah terpancar sinar dihatiku, aku merasakan agama ini mempunyai dalil-dalil yang amat kukuh untuk menonjolkan kebenarannya. Maka dibulan itu juga, aku melafazkan dua syahadah ku, petanda diriku kini sudah menjadi seorang muslimah.”

Aku menarik sedikit badan ku untuk membetulkan posisi duduk ku. Sambil itu, aku terbayang-bayang keadaan nya pada usia yang begitu muda tetapi sibuk mencari hidayah. Sedangkan remaja seusianya sudah pasti sibuk dengan parti-parti liar dan budaya caca-merba yang lain. Demi Tuhan yang jiwaku ditanganNya, aku kagum dengan perjalanan wanita ini.


cinta terlarang

« ketika itu, aku hanya mengenali sedikit sahaja mengenai islam. Kulitku sahaja islam, tetapi isinya belum lagi. Aku menemui kesukaran, kerana rakan ku yang mengislamkan aku pun tidak mengamalkan ajarannya. Diwaktu itu, aku tidak tahu hukum mengahwini seorang yang beragama lain. Aku menemukan cintaku pada Ion, seorang pemuda romania berdarah Croatia. »

Owh, dia menemukan cintanya…bagi ku, cinta agungnya tentulah kepada Allah. Kerana ia menemui islam dahulu sebelum suaminya.wallahualam. tiba-tiba aku mendengar suara pemuda mencelah. Aku menoleh kearah Ion.

“ketika itu aku menemui dia yang sudah islam. Kami berkahwin secara sivil. Helene mengatakan yang dia mahu mengubah angin ke Sepanyol. Aku menganggap ini idea yang menarik, terutama umur kami yang masih muda. Kami mengambil jalan darat. Perjalanan dari Perancis ke Sepanyol mengambil masa 2 hari.mujur aku pemandu yang cekap!hahaha!”

Aku turut tertawa, dia memang bijak membuat lawak.


hijrah

“ kami menetap disebuah bandar . mungkin kalian kenal Granada ? ketika itu, isteri ku tidak mengetahui bahawa kami tinggal berhampiran masjid. Aku mengetahuinya setelah bertanyakan kepada seorang rakan yang berulang alik ke rumah ibadat itu. Aku berkata kepada isteri ku andai dia ingin menjengok aktiviti didalam rumah itu. Aku mendapat maklumat, ia ada kaitan dengan agama isteriku.”

Wah, beruntung si isteri yang mendapat suami sebaiknya. Helene menyampuk.

“aku cukup gembira dengan pelawaan suamiku. Aku mula menziarahi rumah ibadat itu setiap hari. ketika itu, aku makin tersentuh. Ini lah islam sebenar yang aku cari. Aku mengambil keputusan belajar selok belok ibadah di masjid ini. Mujur suami ku menghormati pendirian aku. »

Terus fikiran ku melayang pada watak awal yang membawa wanita ini kepada islam. Rasa geram pun ada. Mana mungkin anda meninggalkan seorang musafir keseorangan di padang pasir andai anda tahu bagaimana menyeberanginya? Minta dijauhkan sikap ini pada diriku.


dakwah

“suamiku mula tertarik dengan agama anutan ku. Dia melihat ketenangan ketika aku beribadah. Aku menerangkan kepadanya sedikit sebanyak mengenai islam. Dia memintaku mengajarnya bersyahadah... Alhamdulillah, kini kami berdua sudah menjadi umat Muhammad!”

Aku hampir menitiskann air mata. Peristiwa bertemu hidayah Tuhan begini mungkin tak dapat ku miliki kerana lahirku jua sudah islam. Memang dari kecil aku dididik dengan islam. Tapi mereka?mereka mencari...semua orang tahu pencarian itu memenatkan, jika kegagalan yang ditemukan, kecewa berpanjangan... tapi mereka telah bertemu kemenangan!aku dapat merasakan kebahagian mereka meraikan kemenangan itu, terutama sang isteri yang berdakwah kepada suami. Siapa sangka, tangan menghayun buaian boleh menyelamatkan kehidupan seorang adam.

“aku mula memakai jilbab disana. Kalian pun tahukan, bila menjadi aneh. Masyarakat memandang. Tapi aku tidak kisah kerana pandangan Allah kepada ku lagi utama.suami ku tidak membantah.”

Mereka juga menceritakan hubungan dengan keluarga tidak pernah terputus. Malah menjadi semakin rapat. Jauh dari budaya eropah yang meninggalkan keluarga jika sudah bertemu kehidupan sendiri. Islam menghalang kami mengamalkannya...


lembaran baru

“kini kami kembali ke Perancis. Membuka lembaran baru setelah 2 tahun bermastautin di sepanyol. Disini, kami rasa cukup selesa. Kami ada keluarga baru. Teman-teman dari Malaysia!kalian sungguh baik hati...”

Duhai Helene (Sheyma) dan Ion (Suleyman) andai kau tahu apa yang aku ingin ucapkan, aku cukup kagum dengan perjalanan hidup kalian. Perjalanan yang penuh ranjau. Berliku-liku, yang jika jiwa lemah seperti aku ini pasti mengelak melaluinya. Tapi kalian Berjaya!


akhiran

Angin sejuk musim luruh menerpa wajah ku, aku memandang ke belakang, melihat kelibat dua saudara baru ku itu. Malam beransur pekat. Waktu begitu mencemburui. Kami kena lekas, jika tidak terlepas bas yang terakhir. sayup-sayup alunan muzik padang pasir tengelam dalam kepekatan malam. rumah itu semakin jauh ditinggalkan. tapi riwayat hidup penghuninya ku bawa pulang. akan kucoretkan diatas blog ku nanti buat pengajaran pada semua.

Suleyman (Ion) dan Syema (Helene Adréoli)

doa

Buat Syema dan Suleyman, terima kasih untuk makan malam yang hebat. Aku dan rakan-rakan mendoakan agar kalian tabah dalam kehidupan. Semoga ukhuwah yang kita bina ini berkekalan. Semoga cinta kalian berkekalan bersama kalimah Tuhan.

Kepada Allah, tetapkan iman kami. Permudahkan la segala urusan kami. Jangan la pesongkan hati-hati kami ini setelah berkumpul untuk agama Mu ya Allah. Sambut la cinta kami kepadaMu, jangan lah cinta kami ini tidak dijawap...merajuk la hati ini...

Untuk diriku, bersyukur la menjadi seorang muslim. Sebarkan kasih mawardah warahmah yang ada didalamnya. Dan jaga lah diriku sebagai seorang muslim di bumi Allah ini. Andai ku letak cinta ku pada manusia, biar la ia tidak melebihi hubbul ila Allah sendiri...

Harapan kepada pembaca. Cinta itu milik semua. Naluri insan berkasih sayang. Diajar oleh atuk nenek moyang kita ketika Adam dan Hawa disyurga lagi. Jangan kotori ia. Bercinta la pada Tuhan, bimbang la andai Dia tidak mencintai kalian. Buat peringatan kepada diri sendiri dan yang lain. Mungkin satu hari nanti cucu-cucu ku yang membaca nukilan dari atuknya ini…insya’allah…

"aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu..."- imam nawawi


9 comments:

Marini Abdul Rahman said...

subhanallah, indah sungguh kata2 bermadah yang Allah ilhamkan pada awak mejah. akak kagum,kagum dengan kuasa Allah,yang tergambar jelas dalam cerita ni..


Thanx for sharing..kalau kami yg membaca di sini pun dah tersentuh jauh di dalam hati, apatah lagi awak yang mendengar sendiri kan?


insyaAllah, kita yang tergolong dalam golongan yang telah terbuka hatinya, jangan sia2kan peluang ni. apatah lagi awak dikurniakan kelebihan ilmu oleh Allah. again akak mintak, jangan sia2kan.


Pandang di kiri kanan kita, awak sendiri akan nmpak, tanggungjawab kita sangat banyak.


Teruskan menulis untuk Allah. Teruskan berfikir untuk ummat.


=)

zatiMJ said...

Wah sgt syahdu cite nie.kt yg dilahirkan sbg Islam sll lupa akan nikmat menjadi sorang Islam ini.Kite tidak bersusah sbb tu tidak slalu kt hargai.Tak seperti mereka, mencari dan terus mencari dan trus istiqamah.teruskan menulis.=)

anaziha said...

jut. Ok juga ko jadi psikolog. Tapi tak lebih dari kteh.Kalau nak tau macammana kaedah analisis kualitatif macam tu lah caranya. Kita tulis secara verbatim termasuk setiap behavior responden/informer.Ok.

anjut said...

marini n zatim- huhu, entah la..kalau tangan ni tgh menaip, bunyi nyamuk berdesing pun tak dengar...seboleh2 nak sempurnakan takut nanti idea tu dah takk original.

cerita ni mmg diceritakan oleh mereka, tapi ada yg saya bertanya pada Anis utk mensahihkan nya. sbb kalau kita menulis ni, takut tersalah..nanti jd masalah pulak.x pun nanti ada org kata saya memandai reka sendiri.

kepada kakteh-hehehe, bleh la nanti kalau nak wat master or PHD, kakteh jd supervisor nye.

izzyzatt said...

syahdu la cerita ni....


awak sgt hebat menulis.
nnt jadi penulis terkenal, jgn lupe saye ye???hahah!

anjut said...

owhhh..jauh sgt nak jadi penulis tu..ni sekadar release2 tension jer..huhuhu..

Anonymous said...

aku pon dga cite ni dr die sndri.. n aku juge menitiskan air mate depan die..hehe..rase sgt2 kagum dgn nikmat Allah. hidayah tu hanye utk mereke yg mencari dan yg Die kehendaki.. same2la doa moge Allah tetapkan hati mereke dan tetapkan iman kite.. insyaAllah.. :)

teruskan menulis ye mejah.. aku suke bace.. :)

~amazainal

HANTURAYA HANTURAYA said...

aberamly.wordpress.com

ramlyotai.blogspot.com

awanggedeber.blogspot.com

mari berkenalan

anjut said...

ama-hehehe, ok..tu pun kalo aku berjalan,kalo x kuar umah,mcmana nak tulis cerita..

hantu raya- selamat berkenalan.