Saturday, October 25, 2008

braderie....bukan brotherhood yer!


salam semua...


pada jumaat dan sabtu haritu, ada satu pesta tahunan di Besancon. pesta apa tu?pesta membeli belah ler! ia dipanggil 'Braderie'. pada waktu ini, semua butik2 kecil di kiri kanan jalan akan mengeluarkan semua stock untuk dilelong. suasana nyer tak ubah mcm pasar malam tempat kita. manusia yang paling alert ialah orang2 Malaysia!hahaha, mana tak nyer, pesta membeli belah ni dah jadi sebahagian budaya kita. negara kita la negara yang mempunyai paling banyak mall di Asia Tenggara dan telah di iktiraf sebagai destinasi membeli belah terulung di dunia. so that, there are reasons why i miss sogo and mid valley...grrrrrr...


pada waktu ini, barang2 memang luar biasa murah nyer. so, lepas asar, nisha, aqmarina n aku cadang nak g town, kat sana kawan kami dari Burma, Sao, dah tunggu...aku terlewat sikit coz aku tgh tepon ngan mak aku masa tu...




ia bagaikan satu peperangan yang amat dahsyat!kenapa? ghairah tengok semua benda...berkualiti dan murah2. tapi harus berhati2 coz ada juga yg ciplak (bertapa aku memandang rendah orang2 yang menciplak2 ni, itu pun dikira dosa tau tak...mencuri hak orang lain...)

bila keluar membeli belah dengan orang perempuan, orang lelaki la yang jadi mangsa...makcik2 berdua ni mencari barang macam la esok dah nak kiamat...tapi tak pe, coz aku leh bakar kalori aku.hehehe!tapi bagus la, diorang tak sedahsyat kak long n kak ijah aku tu...pengalaman teman kakak aku berdua membeli belah, memang dahsyat...seolah2 kena rasuk dan dunia akan berakhir. keluar pukul 9 pagi, balik pukul 9 malam, hanya ada rehat untuk sembahyang dan makan jer...gila kan?padahal masa tu kak ijah tengah pregnant, n kak long bawak anak2 dia yang seramai 4 orang tu. hahahha!!!abag2 ipar aku memang dah kalah dah kalau time megasale2 ni, sbb tu aku yg jadi mangsa.
bagus jugak ada Braderie ni, masa tu terpampang kat kiri kanan jalan 'il faut etre fou pour etre a la mode' yang bermaksud ' sepatutnya menjadi gila untuk tampil bergaya'.. di dah tahap masuk sepital sakit otak dah ni...

tapi di negara yang mencanang2 kan kesamarataan hak lelaki dan perempuan, aku terjumpa kelemahan nyer...untuk lelaki pilihan nyer amat terhad!manakala perempuan, dah ler banyak, murah2 pulak tu...ni yang aku geram.masa ni kami memegang moto 'biar duit sikit asalkan tak mati kesejukan time winter nanti'...yer la, winter dah nak dekat, dan bumi besancon ni pun tak kurang hebat sejuk musim luruh nyer. kat tempat aku ni, kadang2 dah frost.
hasil buruan aku, 2 helai parkas (jaket penghangat) satu berharga 45 euro dgn harga sebenar 150 euro dan satu lagi 50 euro dgn harga normal 80 euro, 13 pasang stoking newman 15 euro jer (kalo biasa paling murah sepasang 3 euro), 3 biji lampu jimat tenaga berharga 10 euro (kalo kat kedai biasa sebiji jer dah 7 euro lebih..so, aku macam jimat dalam 200 euro hari tu!bijak kan?hahahha!


tapi biasalah, setiap kali aku pergi, mesti ada cerita...

kali ni masa kami nak balik, dalam bas tu kami dapat tempat duduk...masa tu aku buat2 buta dan buat2 sakit kaki coz aku taknak bagi tempat duduk aku kat orang lain. yer la, aku dah penat giler.rasa nak tercabut lutut aku.

bas masa tu penuh. tiba2 dia terbrek. ada seorang makcik dan seorang pakcik didepan aku sedang berdiri. si pakcik terlanggar makcik, makcik tu marah ler.

"hei, hati-hati!awak terlanggar saya!"
"oh iyer?sorry la, awak tu yang tak ketepi, ni tempat saya berpijak!"
"yer la, tapi awak menganggu"
"awak pun sama jer, tangan awak sentuh bahu saya!"
"terpaksa ler coz bas ni sempit, awak pun apa kurang nyer, tersentuh2 kaki awak tersentuh2 kasut saya!"


adoiiiii...serabut nyer aku..dah ler penat, pening pala coz ramai orang, sesak nafas, pemanas bas tu terlebih panas, ni 'budak' yang dah berumur depan aku ni gaduh plak.. x leh lebih kurang! last2 aku bangun utk offer tempat duduk aku kat makcik tu, atleast mulut dia tertutup!

"makcik, silakan duduk"dengan wajah berseri2 aku berkata
"eh, terima kasih anak, awak baik hati, tapi tak pe la, saya lebih suka berdiri"
"eh, tak pe makcik, saya muda lagi, huhuhu!"
"tak pe2, awak memang baik...tapi awak duduk la..."

dah bagi tak nak pulak!aku pandang pakcik tu pulak

"pakcik silakan duduk."
"eh, baik nyer hati awak, tak pe2 pakcik lebih selesa berdiri"
"tak pe la Pakcik, duduk la, kesian kena berdiri"
"eh, takper, awak bagi kat dia ni (merujuk makcik tu)"

makcik n pakcik tu berbasi2 pulak

"awak duduk la, aku bleh berdiri"
"eh, tak pe2, awak duduk la"
"eh, awak kan perempuan, nanti apa pulak orang kata"
"eh tak pe2..."
blablablabla dan blablabla!!!!orang tua dua orang ni memang nak kena ngan aku!

last2 aku cakap kuat2

"ok la tak pe, kalau macam tu, tempat ni saya yang punya!"

orang keliling kami semua tergelak!aku malu jugak, baru nak buat baik...sekali tak jadi... pastu pakcik n makcik tu ketawa pulak terbahak2..geram aku, baling pakai jaket ni kang...

tetapi...

yang pelik nyer, lepas tu diorang jadi kawan baik pulak!!!!memang aku tak paham orang perancis, tadi bukan main bergaduh, sekarang dah nak bercintan cintun pulak...diorang bertanya khabar la, tinggal kat mana la apa la itu la...jangan bagitau aku korang pasni berkhawin sudah la!hahaha!

kira ok la tu kan?aku berjaya memberhentikan pergaduhan dua belah pihak..hehehe...
itu la kisah nyer...

2 comments:

biskott said...

'tempat ni saya yang punya!'
hak3
part nih lawaklah.
kihkihkih

anjut said...

mmg pun..aku ckp kuat giler..semua org pandang..pastu aku malu...lantak la..dulik apa aku,org2 tua tu hah, mengada2..huhu..