Friday, October 31, 2008

Besancon - Strassbourg - Stuttgart - Ravensburg


dalam TER (train entre Regions)- aku termengah2...

9:41

lepas sarapan sepinggan nasi goreng n sandwich, aku bergegas ke stesen ketapi Besancon Viotte, ni kalau si Gowe (Ikhwan) tu tak buat aku kelam kabut, mesti aku tak yah termengah2 masa kt dlm tren tu. hanya kami berdua, ajak yg lain, semua ada alasan...tapi tak pe, lg sikit, lg adventure...
gare de Strassbourg (bayang kan bangunan KTM di KL tu, pastu disalut dengan kapsul mcm ni)


12:02

kami pun sampai di Gare de Strassbourg, stesen ni sebenarnya adalah tinggalan bangunan zaman baroque, pengaruh-pengaruh ini boleh anda lihat melalui ukiran2 didalam bangunan ni. tetapi, ia telah disaluti oleh sebuah kubah moden utk menjadikan ia antara stesen ketapi paling cantik di eropah... ye, mmg aku kagummm...




menjejakkan kaki ke kota ini, anda dapat menyaksikan pertembungan dua budaya yg berbeza, bangunan2 nye lebih bercirikan jerman...(saper penah g bukit Tinggi kat Pahang tu?lebih kurang la...). orang2 nyer membuatkan aku kagum. dua bahasa digunakan disini, iaitu Perancis dan jerman...aku nak tergelak masa tunggu kat stesen nak g Stuggart, 2 org gadis kecil bergaduh, si kakak ckp perancis, si adik ckp jermen...mak diorang marah dlm dua2 bahasa. unik kan?






bandar ini lebih kepada sebuah bandar pelancongan. sebab itu acces utk kemana2 sgt mudah. dan anda takkan sesat. percaya la. anda boleh menaiki tram (or tube) dgn tiket harian 5.70 euro utk kumpulan bertiga. murah kan?makanan jgn risau, ada jer kedai halal kat sini.


di tepi sungai (lupa nama dia) lihat bangunan kat belakang tu, semua pengaruh jerman.



orang asia yg exotic di tengah bandar Strassbourg, pertembungan dua negara (i mean, the border)

ini bukan setakat perlancongan ia adalah- misi mencari 'Pisang' (saper tu?)- menghabiskan cuti musim luruh ni-mengenali bandar2 lain di Perancis- mempelajari dialek2 tempatan (susah sket nak paham diorg ckp)- dan merapatkan ukhwah?(antara aku dan rerakan di jerman)- mmg la keluar duit, tapi tak rugi, coz pengalaman ni mahal sgt...



tramway



pusat pertukaran tram



kedai kak joyah



mencari ketenangan di la Mosquee de strassbourg. islam itu pesat.



13:15

seterusnya, kami ke Notre Dame de Strassbourg. ini adalah tempat wajib dilawati oleh pelancong disini. ia adalah bangunan gereja yg amat besar. berkurun2 kalau tak silap aku. di bina masa empayar Prussian. ia adalah lambang kristian yg bertapak di perancis.



di dalam cathedral tersebut

Eclairage horloge astronomique et piller des anges ( illumiation astronomical clock and angels' pillars)




16:12

penat berjalan, kami mencari kedai makan. ingatkan nak makan kat kedai kebab yg terkenal tu 'le republic', sekali TUTUP! c'est la faut de qui? de mon chien heuh? kalau la kita tak g butik2 barangan sukan tu, and tak membelek2 barangan disitu (yg akhirnya tak beli satu benda pun) mesti kita sempat. bila lagi nak merasa buffet kan? tapi Gowe kata salah aku coz x nak naik tram ke tempat tu. iyer ke? kalo naik tram pun, awal 5 minit, pun dah tutup!so, kempunan la kami...

nasib baik ada kedai kebab lain kat sebelah dia. aneh nyer kat sini, kebab dia BESAR dan MURAH!mula2 aku ingatkan sikit jer, sbb tu aku pesan pizza sekali, sekali...aku rasa aku kena panggil 6 org lg makan bersama. last2 aku abiskan daging je, yg lain aku tak makan.huhuhu!

16:55


tiba la kami berpisah. tiket Gowe pukul 5 suku (ke Besancon)dan aku 5.45 (ke Stuggart, German). berani nyer mamat ni tinggalkan aku sorang2. (dia tak pe la, dah 3 tahun lebih duk france, kalo sesat pun tak pe) kalau la kena culik, org asia dah la laku, coz exotic. lebih2 lagi aku yg tembam ni, buat sosej mesti sedap. tapi tak pe, aku mmg cerdik. x takut pun. ko je yg lebih2 cuak tglkan aku!hahahaha!



train ku sudah tiba!jom g jerman!


saper yg tak tahu, ni la dia dlm TGV (train a grande Vitessse (ketapilaju))


20:02

sampai di Stuggart, aku kena amik tren ke Ravensburg. bagi aku , orang2 jerman sanggggggggggggggaaaaattttttttttt baik! aku sampai rimas coz kalau kita bertanya sesuatu, mereka akan tunjukkan sampai kita berjaya melakukan. contoh, masa dlm tren, aku tanya mamat depan aku, di mana kah Ravensburg, sekali ada dua org pakcik, dan sorang wanita dtg kat aku, diorg dengar dari jauh, pastu jelaskan beria2...hahaha!masa nak tunggu bas ke Weingerten pun, ada seorang gadis tu, dia sanggup tunggu kan bas tu utk aku...aku dah risau, kot la dia nak ikut sekali ke rumah 'Pisang'!


Stuttgart


keretapi di jerman, nampak smart, tapi dalam sempit mcm ketapi tanah melayu...dah biasa naik ketapi laju (TGV) n tempat duduk selesa, so aku pandang sebelah mata je ketapi ni...(no offense hah)

alhamdulillah..akhirnya aku sampai ke tempat ni. Pisang adalah member aku masa kat SMAP. kami mmg rakan baik (Mat Peet, Muiez, Topek, dan aku). haritu patutnya kami berkumpul di zoo negara, tapi muiez penat coz baru balik. so, aku ingat, baik jumpa kat eropah. Muiez oh muiez, nasib baik aku ni cerdik, kalau tersesat sampai israel macamana? aku follow jer direction yg dia bg kat dlm YM tu, aku print benda tu.hahaha!

itu lah perjalanan aku dari Besancon - Strassbourg - Stuttgart - Ravensburg.

esok ada majlis rumah terbuka budak2 kat Jerman...kita tunggu berita esok plak k.

6 comments:

biskott said...

ohohoho..
menariknya berjalan-jalan..

Hafizah Sinin said...

mejaaaaaaaaah.ko kene bawak aku jalan2 camniiii.penat aku cari tiket smpai ke germany.

fadly E.n.S.3.M said...

nak adiah dr jermen!!!!!!! =D
ak pun x pnah sampai cna =(
sedih2..

pape pun, take care kat tempat org tuh.. =)

anjut said...

hah, tu la aku ckp..haritu aku iklankan kat semua saper nak ikut, masing2 tak nak..mesti jeles kan?hahahaha!

biskot- nanti kita buat reunion kat phuket or bali nak?

fizah- kalo nak berjalan, cepat la dtg..hehehhe!

fadly- alaa, kalo ko ikut haritu pun ok. coz tmbg g balik sama g tours. dah le ada penginapan. harini ada sambutan hari raya..hehehehe!

anjut said...

eh, lupa...hadi pun kawan baik kiotrg jugak..alalalala..mesti dia merajuk coz aku tak tulis nama dia..

goodeda1122 said...

自慰套,真愛密碼,
自慰套,自慰器,自慰套,情趣,充氣娃娃,
性感丁字褲,AV,按摩棒,電動按摩棒,情趣按摩棒,
角色扮演,角色扮演服,吊帶襪,丁字褲,飛機杯,

按摩棒,變頻跳蛋,跳蛋,無線跳蛋,G點,
潤滑液,SM,情趣內衣,內衣,性感內衣,情趣用品,情趣,