Sunday, September 28, 2008

sikong atau keju, sirap atau wain?

salam semua!

Semalam, kami telah pergi ke Jura. Jura adalah antara daerah yg paling cantik di Franche Comte. ia terkenal dgn pembuatan keju dan arak nya. hanya 100 tempat dibuka kepada pelajar2 asing Universite Franche Comte n Centre Linguistique Apliquee. tujuan lain adalah untuk memberi ruang pelajar antarabangsa untuk saling berkenalan (yer ke?makin menyampah ada ler!).

seawal 7.30 pagi kami, Ina, Ainaa, Farah,Pamella, Alan, n aku (hanya kami yg berjaya dpt tempat kat lawatan tu!hehehee!!!) berkejaran ke stesen bus utk ke Campus ENSMM. Memang dah sah, pelajar Malaysia mmg sgt patuh!kami org terawal yg sampai, kemudian sampai la kumpulan pelajar cina,thailand, Aussie, itali, n ntah apa2 negara lagi. ada dua bus. satu bus mempunyai kapasiti 50 penumpang.

kami naik bas kedua bersama2 lecturer pengiring kami, Florian (cool giler dia, rambut mcm sarang tebuan, mcm raggae2 la). bas kami lambat coz terpaksa tunggu 2 ekor lembu dari sepanyol (kenapa aku panggil lembu?coz dah ler lambat,pastu mulut tu asyik bercakap jer sepanjang perjalanan!). perjalanan ambil masa setengah jam. pemandangan gunung ganang, ladang anggur, epal n peach, padang ragut lembu (lembu dia pakai lonceng besar2 kat leher, kalah anak mami!), memang cantik pemandangan dia. nama pun antara daerah yg tercantik. tapi aku jadi loya coz semua orang bercakap!!! pening pala, depan italy, depan sket omputeh, sebelah jerman, belakang aku sepanyol, selang satu kerusi tcheque...macam pasar minggu dlm bus tu... kita org melayu ni kan sopan santun, so duduk jer tgk diorang...

Kilang keju Comte.


tiba la kami di kilang keju tu. di Poligny. nampak dari luar mcm bar jer, rupa2 nyer dlm dia mcm muzium keju. Tempat ini juga adalah pusat pembelajaran segala2 mengenai keju, dari perah susu tu, sampai la masuk dlm perut kita. selama 2 jam kami diberi penerangan. aku suka cara presentation dia coz unik n tak membosankan.

keju Comte adalah yg terkenal di dunia, ada dua jenis, keju putih n keju kuning.beza antara dua keju ni adalah musim perahan susu, keju kuning terhasil bila lembu2 dilepaskan di padang ragut dan makan segala jenis bunga2 n rumput2 yg memang sengaja di tanam. so, segala zat galian yg dihadam terus menjadi unsur susu yg dihasilkan, sebab tu kaler kuning. keju putih pula dihasilkan pada musim sejuk, dimana lembu2 tu di beri makan rumput kering dlm kandang masing2, so x der sgt trace bendasing2 tu. Rasa pun berbeza, keju kuning rasa lebih kepada buah2an (tapi aku terbau biskut kering jer), n keju putih lebih berkrim n bau susu yg kuat serta lebih lembut. aku tak dpt la nak makan coz puasa, budak2 pempuan yg tak leh puasa beruntung!



a b c


A) di depan kilang keju 'COMTE'
B) ini la tutor kami yg mengajar makan keju
C) contoh Camembert yg dah siap. berat satu adalah +- 47kg

Pique-nique


semua dah lapar perut tu... so, g la kami piknik di Arbois. aku pun mmg tak sabar nak g tempat tu, coz tgk foto2 senior tahun lepas, cantik tempat tu. tapi aku kecewa, coz pokok dia semua masih hijau. ni baru permulaan musim luruh, jadi kalau nak tengok poko2 tukar kaler jadi kuning, oren, merah, emas n lain2 kena tunggu tengah2 bulan sepuluh. tapi tak pe la, coz sekumpulan itik kat situ dah berjaya mengoda aku n menguji kepakaran lensa aku. orang lain semua sibuk makan n bercakap, aku pulak sibuk bagi itik makan (puasa ler...).




lawatan ke kilang arak Chateau Bethanie

terlebih dahulu, aku harap korang jgn salah paham, bukan aku nak sgt tengok kilang ni, tapi it was included in the prog, so x leh nak elak. tapi tak per, at least aku dapat serba sedikit pengetahuan pasal anggur basi ni. di kilang ini, pembuatan arak jenis wain adalah yg ketiga terkenal di Perancis. dengan keluasan ladang anggur yg berhektar-hektar di kiri kanan kilang, memang alasan kukuh utk kilang ini mendapat gelaran kilang berjaya anugerah dari Credit Agricole (bank Pertanian) 2005-2007.

seperti semua orang tau, wain terbahagi dua, wain merah n wain putih (rouge et blanc). sudah tentu anggur yg digunakan juga jenis hitam (red wine- anggur jenis muscat) n hijau (white wine- anggur jenis biasa).beza antara kedua wain ini ialah warna, aroma (wain putih bau lebih kuat) n rasa (wain merah lebih bergula n rasa lebih 'lembut'). setiap hari, lebih 100kg anggur dituai untuk menghasilkan satu barrel wain (lebih kurang 50 liter utk barrel yg kecil), kemudian proses penapaian dan pemeraman anggur pun berlaku. untuk pengetahuan, wain yg diperam lagi lama, menghasilkan kualiti yg lebih bagus.

kemudian kami dibawa ke Istana Wain utk sesi merasa2. sudah tentu kami yg beragama islam mengambil tempat paling belakang n tiada goblet kat atas meja. masa itu, semua mata memandang kami macam makhluk yg aneh. kami pula memandang mereka sebagai orang gila yang meminum air basi n jelas menjejaskan kesihatan (eventhough people said that red wine is good for your health, still 40% people died because of it n test to prove the 'goodness' in red wine was only done to the mice, not human. so u guys one of those mice?). Florian dtg ke tempat kami n bertanya khabar (mungkin dia tau kami tak selesa), tapi sebagai org yg professional dlm segala hal, kami berselindung disebalik soalan2 yg kami lontarkan (dimana tak der sekor pelajar lain pun tanya, yg mereka tau minum percuma). antara soalan yg ditanya lebih kepada kandungan wain, kegunaa, n wain2 yg diminum bersama hidangan berbeza, selalu masakan Perancis yg mana diletak wain (very usefull infos as u can make the difference between halal n non halal food).





Bersiar2...

Ok, masa yg ditunggu sudah tiba! kami diberi masa dua jam lebih untuk bersiar2 di pekan Arbois yg bersejarah. saper kenal Louis Pasteur? ok turun tangan... ini adalah pekan kelahiran beliau, rumah beliau dilitupi daun2 yg berwarna-warni (bukan plastik) n anda akan merasakan berada di tengah2 pekan eropah pada zaman kuno (apa2 pun pekan Doubs, Besancon paling menarik!). Udara nyer memang nyaman n segar. ada satu sungai kecil mengalir n kelihatan ikan berenang2 di dalam. mereka memang amat menitik beratkan kebersihan. di sudut pekan, ada satu kedai kebab halal (turki) kami kesana untuk menemankan beberapa orang yg kelaparan (they cannot be blamed as God gives them a LOT of rukhsah, u r lucky girls...). kami yg lain ingin tumpang semayang coz ternampak signboard 'musallaah' kat kedai tu...tapi org tu ckp, ' il n'y a plus, desole...', dah takder musalaah tu coz generasi yg skrg ni dah makin leka. buat jamak tamam la gamak nyer.




balik!!

baik la, waktu balik pun tiba. penat rasa kat kaki n bahu ni, tapi kami puas. seperti biasa, sepanjang perjalanan sentiasa bising n bingit, cuma kali ni slow sket coz ramai yg terlentang penat or paling tidak pun mabuk minum arak tadi. cuma kedengaran suara encik kangaroo dari aussie jer yg bising. dia ni budak sama tutor ngan aku, cuma berlagak sket la coz anak org kaya n boleh cakap jepun n jerman ngan fasih, dia tak tau aku punya bahasa kelantan dah tahap master! tapi tak pela, asal tak kacau aku dah...

aku semakin takder tenaga, nasib baik si Peah masak nasi minyak (tapi mcm nasi ayam) n aku tak perlu kalut untuk berbuka.





c'est tout. merci!
"Semakin jauh kita mengembara, semakin banyak yang kita pelajari, semakin banyak yang kita pelajari, terasa semakin banyak benda yang kita tak tahu, tapi sebenarnya kita tak rugi kerana tidur orang yg berilmu itu lebih baik dari solat sunat orang yang tidak berilmu"

4 comments:

Pame 26 said...

ko lupe PAME.

skian trima kasih

anjut said...

alaa,setakat lupa letak nama pun nak kecoh!
gambar aku satu pun tak der yg lawa aku tak bising plak.
ingat la, semua org pun penting, bukan diri sendiri jer.

hafizahsinin said...

encik mejah. kenape gmbar2 yg dipost hanye sebesar anak tikus putih?

anjut said...

haha,sbb aku dah kecik kan saiz dia..kalo besar sgt, load lmbt plak nanti...