Saturday, September 20, 2008

rumen, reticulum, omasum,dan abomasum.

Hari ini perut aku sangat penuh...Tadi kami (Faiz,Ayie, mat n aku) dijemput ke rumah presiden masjid turki utk berbuka puasa. imam Sheikh yg bawa kami ke rumah presiden tu,naik kereta dia. Imam ni sgt suka ngan org Malaysia (sebenarnya semua org arab kat sini suka org Malaysia, kenapa ntah-padahal culture kita mmg pun mcm ni "sentiasa senyum laksana mawar biar pun tanah tak terlalu subur"). dia siap janji nak bg kereta dia tu pada kami coz tahun depan dia nak balik Turki!untung badan!

Presiden tu sgt kaya, tp kami lupa nak tanya nama dia. anak2 dia cantik2!hehehe! kami tunggu beberapa minit lagi supaya rumah banglo dua tingkat tu penuh-semua orang turki!, n mereka ckp bahasa turki!-wah,seperti biasa di Perancis,mana2 pun bangsa anda,protokol makan tetap diikuti. untuk entree, kami dihidangkan ngan sup (rasanya mcm tom yum sket) n roti yg kelihatan seperti pizza,tp nipis lagi.juga dihidangkan dgn kurma n manisan 'baklavah' (manisan ni aku kenal kat mesia lg coz abg rosi selalu bawak, ia merupakan lapisan kacang yg disira dgn madu). kemudian tibalah plats principaux kami- iaitu nasi rempah (kelihatan seperti nasi dagang,tp lebih melekit), bebola daging n daging dimasak dgn kacang kuda.

untuk pengetahuan, plats principaux yg dihidangkan pada hari ini adalah sama dengan makanan yg diberi pada kami ketika dirumah sheikh Baba pada minggu lepas. cuma dirumah sheikh Baba tu aku rasa mual sket coz adat org Turki,tetamu yg dtg akan dicalit dgn minyak wangi tradisional atau diasap dgn kemenyan (kat rumah sheikh Baba kami dicalit pewangi mekkah..adoi pening pala aku coz bau dia kuat)...

bagi aku org Turki kat sini baik2 semuanya. jgn terkejut kalau tengok mat rempit kat sini (diorang rempit pakai scooter) nampak jer muka ganas n mmg selalu buat gedebeh,tp bila terawikh, muka diorang juga yg ada sampai habis witir. kat malaysia pun ada jugak aku rasa.hehehe!

ini adalah 'plats principaux' dirumah sheikh Baba, kat rumah presiden pun kami makan benda yg sama.



pelajar-pelajar Malaysia yg menanti makanan percuma. x pelah kalau tak kenal Tuan rumah pun,rezeki takkan ditolak , ye tak?



cucu2 sheikh Baba, diorang ni pemalu tapi suka main agah2 ngan kitorang.hehe!suka budak2 ni coz aku tangkap gambar diorang.






lepas buat solat maghrib kat rumah presiden tu, kami balik ke rumah masing2...sekali aku pening kepala coz tengok udang rimau berlonggok kat dlm sinki... aku ingatkan nak masak tadi,sekali teringat hari ni Presiden ajak makan kat umah dia.hmmm... perut aku kata leh makan lagi ni,so aku pun buat la spaghetti carbonara (tapi lebih ke marinara coz yg original tak pakai udang,tp aku kesian tengok udang tu,nantikan dia merajuk coz aku tak masak dia)...sedap nyer!!!kalau beli kat restaurant ni mau sepinggan 13euro (rm65!)...

sebenarnya minggu ni aku makan banyak benda yg berkolestrol..dulik apa aku,idup sekali jer kan. semalam buka dekat rumah Aman,kami beli kebab kat Battant (yg terkenal dgn Durum daging dia). kebab kat sini 4 kali ganda kebab Malaysia n 100 kali ganda sedap n semua bahan dia fresh (kalau kat Mesia, daging burger tu la dicincang wat inti pastu timun dia sebesar tayar bas!kebab ori mana ada timun...). haritu aku buat set bubur kampung. tp x lengkap coz takder telur masin (ada jual, tp sebijik 1 euro (rm5)).



spaghetti carbonara (tp udang tu over ler!) tambah hot chocolate di tengah2 sejuk angin siberia yg bertiup ni..aduhh,seronok nyer...


ni aku try buat ayam masak merah, mesti abang2 aku yg lain tak caya yg aku buat ni lagi SEDAP dari diorang punya!hahaha!



“He hath forbidden you only carrion, and blood, and swineflesh, and that which hath been immolated to (the name of) any other than Allah. But he who is driven by necessity, neither craving nor transgressing, it is no sin for him. Lo! Allah is Forgiving, Merciful” (2:173).

4 comments:

anjut said...

aku baru perasan, yg setiap post aku, aku kelihatan ujub n perasan!astaghfirullah.... riak itu syirik kecil, n syirik adalah dosa yg sukar diampunkan Allah..

tapi ia berlaku apabila anda tingal sorang2 n tak ada sesiapa yg leh ajak berbual mengenai minat yg sama...kalau tak org lain puji, baik kita puji diri sendiri...huhuhu!

Pame 26 said...

mmg riak.adei.tp kn,yg die nk bg kete tu kn,korg sume takde lesen lg kn?kn?kn?ape lg,meh cni.hahaha!asal x ajak aku g rmh die weh?

anjut said...

semua yg g sana org lelaki la kak pamelus.
kitorang dah rancang nak jual keta tu!wakakakaka!

Anonymous said...

spaghetti carbonara tu, bkan ker based on B.A.B.I ?