Wednesday, September 24, 2008

bahasa jiwa bangsa...

salam sejahtera...


mungkin semua tertanya2 kenapa aku memilih tajuk ini. setelah sering melontarkan perasaan yg lebih kepada emosi sendiri, baik aku bicarakan satu tajuk yg penuh ilmiah.

aku menjengok ke blog idola ku, Dr Mahathir! tertarik ngan slah satu artikel beliau. setelah menilik isi2 yg diukir, aku mula perasan, bahawa kebencian aku terhadap org yg mengagung2kan bahasa asing semakin pudar (lebih jitu jika aku kata 'a malaysian (particularly malay) who prefers to speak other language rather than malay'.

secara ironi nyer, aku merupakan pelajar linguistik bahasa perancis (that's also called 'science de langages). tetapi pada dasarnya, tujuan aku belajar bahasa ini sendiri adalah utk 'mencuri' ilmu2 yg ada pada bangsa perancis yg selalu digah2 dgn 'la mode de vie' nyer. disitu sebenarnya aku dah memberi jawapan kpd diri sendiri 'kenapa belajar bahasa asing?'.

menguasai pelbagai bahasa bukan lah satu kebanggaan sebenarnya, tetapi kebolehan mencedok sebanyak mungkin ilmu2 dari kitab2 berbahasa itu lebih utama.

Hamzah yg dulu selalu berfikir "kenapa nak guna bahasa omputeh,padahal jerman,france,jepun n US guna bahasa depa pun bleh maju jugak, masa dulu sains n matematik dlm bahasa melayu pun ada jer peguam n engineer kat Tanah melayu ni!". cukup sensitif bila org mula menolak bahasa melayu tetapi mengangkat bahasa asing...

kini,sempena hari2 terakhir ramadan (mungkin aku dah dpt lailatul qadar!) aku mula sedar. Negara2 tersebut bangga dgn bahasa sendiri kerana mereka pun mempunyai kualiti ilmu yg tinggi!jika aku masih lg Hamzah yg dulu yg sentiasa berfikir "org ckp mat saleh ni berlagak jer sebenarnya" n "bahasa melayu akan pupus n kerajaan sgt tolol buat math n sains dlm english" sudah tentu aku masih lagi dlm kelompok 'merak kayangan yg hilang ekornya, tp mengigal di tengah taman'.

mereka bukan mengangkat bahasa asing, tetapi sebenarnya mengunakan nyer sebagai spatula utk mencedok apa2 yg patut dari bangsa tersebut. bahasa melayu tidak akan lenyap dari dunia! kalau tidak,sia2 kerajaan melatih beribu2 guru bahasa melayu untuk mengajar disekolah!

secara jujurnya, Malaysia mmg sebuah negara yg maju, bangunan pencakar langit berlumba2 melepaskan pucuk memasing, kereta2 besar bagai sungai yg bertali arus... tetapi kebanyakan teknologi yg kita ada, bukan dari tanah tumpah kita ni. kita masih mencedok teknologi mesin dari jerman, automotif dari perancis, arkitek dari England. andai ada anak watan yg menjadi pakar ortopedik sekalipun, sudah tentu beliau dari kelulusan Ireland atau India.

masih terlalu mentah otak aku ni untuk menerangkan lebih lanjut, apa kata kita lihat penjelasan idola ku ini...


| | Comments (649) | TrackBacks (0) | Previous Blog
1. Saya mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kerana itu ramai yang menuduh saya tidak bersemangat kebangsaan Melayu, tidak utamakan bahasa saya.

2. Izinkan saya membuat sedikit penjelasan sebelum saya dihukum.

3. Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya bediri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka.

4. Kita diberitahu Nabi bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Apakah dapat orang Arab tuntut ilmu orang Cina tanpa mempelajari bahasa Cina, lisan dan tulisan, terlebih dahulu?

5. Kita juga tahu orang Arab telah menguasai ilmu Sains, Matematik dan falsafah yang diterokai oleh orang Yunani (Greek) dan menterjemahkan ilmu-ilmu ini ke dalam bahasa Arab sebelum kaji selidik dilakukan untuk memperluaskan ilmu-ilmu ini.

6. Semasa bangsa-bangsa yang beragama Islam iaitu Arab, Turki, Uzbek dan lain-lain berjaya bangunkan tamadun Islam yang gemilang, bangsa-bangsa Eropah berada "di zaman gelap", zaman mereka tidak berilmu dan percaya kepada kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam.

7. Pada abad ke-15 Masehi, orang Eropah yang berkurun-kurun kagum dengan tamadun orang Islam mula sedar akan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, perubatan, matematik, astronomi yang dimiliki orang yang berbahasa Arab serta sumbangan ilmu-ilmu ini kepada tamadun gemilang Islam. Paderi-paderi Kristian Eropah belajar bahasa Arab untuk mendapat akses kepada ilmu-ilmu yang berada dalam kutub-khanah milik Arab dan orang Islam lain.

8. Mereka mempelajari semua ilmu-ilmu ini dalam bahasa Arab dan menterjemahkan kedalam bahasa Latin, dan kemudian kepada bahasa-bahasa Eropah. Kemudian mereka pula membuat kajian dan memperluaskan semua ilmu-ilmu ini. Maka terdirilah tamadun Eropah yang terus maju hingga ke zaman sekarang.

9. Yang jelas daripada sejarah ialah penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula dengan penguasaan bahasa bangsa-bangsa ini.

10. Apakah kita tidak mungkin mengadakan segelintir daripada orang Melayu mempelajari bahasa ilmu di zaman ini, iaitu bahasa Inggeris supaya mereka dapat menterjemahkan ilmu-ilmu ini kepada bahasa Melayu. Dengan itu orang Melayu lain boleh kuasai ilmu-ilmu ini dalam bahasa Melayu, tanpa mempelajari bahasa Inggeris.

11. Malangnya keadaan sekarang tidak seperti abad ke-15 dan sebelumnya. Ilmu di zaman dahulu terhad, dan tidak bertambah dengan pesat.

12. Di zaman ini ilmu Sains dan Matematik yang amat penting untuk membangun dan memajukan masyarakat manusia, kembang dan bertambah dengan pesatnya. Tiap hari, tiap bulan dan tiap tahun ilmu baru yang diperbaharui sepanjang masa, diperkenalkan oleh para saintis dan pengkajiselidik kepada masyarakat dunia. Ilmu matematik terutama algorizmi dan perhitungan yang kompleks digunakan untuk mengetahui apa hasil jangka panjang daripada sesuatu teori dan untuk menentukan gerakan bintang di langit supaya kapal angkasa dapat menemui sasaran setelah berjalan berbulan-bulan.

13. Dimasa yang sama banyak ilmu baru diperkenalkan yang berasas kepada kuasa elektrik, gerakan atom, sains halus atau nano science, asas-asas fisiologi kehidupan tumbuh-tumbuhan dan makhluk Allah dan berbagai-bagai lagi.

14. Hakikatnya ialah jumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangannya tidak dapat dikejar oleh penterjemah Melayu yang sedikit yang ada. Harus diingat untuk menterjemah tiap ilmu khusus dalam bidang Sains memerlukan bukan sahaja kefasihan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi juga kepakaran dalam ilmu berkenaan. Kita tidak punyai dengan mencukupi orang yang berkebolehan seperti ini. Jika ada beberapa kerat orang seperti ini mereka tidak mungkin sanggup bekerja sebagai penterjemah seumur hidup mereka.

15. Sebaliknya jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris tanpa menunggu pengalih bahasa kita. Tiap-tiap tajuk yang terkini dan yang lama terbuka untuk kita menguasainya. Dengan itu kita tidak akan ketinggalan daripada segi ilmu pengetahuan berbanding dengan bangsa yang maju.

16. Sesungguhnya agama kita menuntut supaya kita kuasai ilmu-ilmu ini. Sebagai orang Islam kita perlu bersedia untuk mempertahankan umat Islam. Di zaman dahulu kuda perang, pemanah, pedang dan tombak memadai untuk pertahanan.

17. Di zaman ini kita perlu kereta perisai, meriam dan roket, pesawat pejuang dan pengebom, kapal perang dan kapal selam. Kita tak mungkin cipta dan bina semua ini tanpa ilmu sains dan matematik. Kita boleh beli daripada orang lain tetapi ini bermakna kita letak diri kita di bawah cengkaman mereka.

18. Jika kita ingin amal ajaran Al-Quran berkenaan dengan keperluan pertahanan bagi umat Islam maka penguasaan ilmu sains dan matematik perlu menjadi sebahagian daripada fardhu kifayah bagi kita. Ia bukan ilmu sekular seperti diperkata sesetengah orang. Ia adalah sesuatu yang diwajib keatas diri kita.

19. Jika kita abaikan ilmu ini semata-mata kerana kita lebih utamakan bahasa kita, dan dengan itu kita jadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina oleh orang, kita tidak boleh dakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan agama. Orang yang rela bangsanya dihina tidak faham akan makna nasionalisme yang sebenar atau tanggungjawab orang Islam terhadap agama mereka.

20. Bagi saya pejuang bangsa yang betul-betul bersemangat perlu bermatlamat untuk menjadikan bangsanya bermaruah, dihormati oleh semua bangsa lain dan berkebolehan bersaing dalam apa juga bidang dengan kemungkinan berjaya.

21. Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka. Mereka ini bukan nasionalis dalam erti kata sebenar.

22. Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa.



"Andai benar Pendekar melayu tak boleh dipisah dari kerisnya, jangan la terlampau angkuh menolak lela rentaka dari luar. bukan kah zaman sentiasa berubah, jalak lenteng pun tahu setiap harkat kokok nya...bahasa jiwa bangsa tetapi ilmu yg menjadikan sesuatu bangsa itu mulia"

wallahua'lam...

5 comments:

kudabesi said...

ade pro's n con la..

dulu aku pun antara penyokong etems nih..aku siap bentang hujah masa interview bpg lagi hehe

tp bila diberi peluang buat pismp..aku belajar pasal BM..dari asas sampai la ke buku2 mcm tatabahasa dewan, kenai dgn nik safiah karim dll

lepas tu lak dihantar wat SBE..

masa aku belajar bm dulu, aku diajar yg bahasa ni berkembang dia tak statik.walaupun kita kadang2 tak suka perkataan Inggeris di BM kan tp itu adalah satu proses pengayaan bahasa itu sendiri.

bila kita guna BI utk Sains Mate secara tak langsung terma2 @ perkataan BM spt tambah, campur, darab, kemandirian spesis akan luput sbb orang tak pakai dah.

kalau dari segi pelaksanaan lak, yg aku tgk kt skolah ialah cikgu ajar pakai skrip..x pun guna BM/BI masa ajar..

selain tu, ramai pelajar yg ketinggalan :
1) sbb x paham topik matapelajaran (dulu pn ada)

2)x paham dgn bahasa

dari satu segi lak, ramai yg lihat bahawa mslh skang ialah penguasaan bi tu sendiri..jd yg perlu dibaiki ialah p&p bi, cikgu bi, mktb bi, degree bi dll

bagaimanapun, bukan smua yg setuju nk hapus etems secepat mungkin. ada yg yakin ini akan berjaya pd satu masa nanti.

lagipun kerajaan da banyak melabur. cikgu tesl, math, sc dpt elaun sbjek kritikal ye..

notebook, lcd, eltc itu sendiri bg melengkapi etems

dari segi politik lak, klu hapus skg bermakna kjaan skang cuba hapuskan usaha pm yg lepas..satu tindakan yg akan dimanipulate pelbagai pihak..

bagi aku lak, kita tunggu dn lihat..(biarpun ada yg mungkin menderita)

skian...selamat beraya

anjut said...

amboi, nak aku bg password aku buat satu artikel kat blog ni ke cik kuda?hahaha!
itu la, tp aku lihat banyak pros nyer,lg pun benda dah buat,laksanakan sehabis baik. mcm pengakap ckp "buat sehabis baik!".
masalah penguasaan BI dikalangan pelajar, semua pihak kena main peranan,lebih2 lg pelajar tu sendiri, kalo semua nak senang jer, tunggu ler nanti degree dijual kat pasar borong, x yah usaha apa2..
bahasa bukan halangan, kalo masa jawap soalan pun, examiner doesn't care ur grammar.
hmmm. masih baru lg perlaksanaan nyer,kita tgk generasi berikut apa jadinya.
ingat, setiap ubat perlukan mangsa utk diuji keberkesanan nyer.;p

kudabesi said...

aku lebih melihat kpd pendekatan klu kita sakit kaki yg harus dibagi ialah ubat sakit kaki bukannya pain killer

haha melaksanakan etems pada pandangan singkat aku lebih kepada menambah masalah berbanding membaiki p&p ELT itu sendiri

Pame 26 said...

Saye pro M3 & SC in English.susah sgt la nk blajar mende tu biler da smpai Uni n gune English.I quit Civil Eng sbb aku tak fhm terms in Englsh sbb dah blaja kt skola gune BM.

anjut said...

i do agree with both of you. c'est-a-dire, aku tak tau nak sokong yg mna..