Monday, September 22, 2008

ap kah nasib badan ku pada hari ini?siapa boleh jawap?

apakah hari ini hari kesialan atau lailatul qadar?

hehehe,kita mulakan awal pagi tadi...
aku tak cukup tidor coz terbangun awal sahur tadi n aku tak leh tidor pas subuh, so badan rasa sgt penat...

pastu nak g kelas tu aku singgah pejabat pos dulu, coz nak bg souvenir kat Kak long Siti Payung, dia nak kawin bln 10 ni. sekali tak boleh,coz makcik tu kata "adik kena bungkus dulu kad n syiling (syiling kenangan Citadelle) ni dulu baru leh pos,kalo tak sistem x terima kalau ada detect logam kat dalam...hurghhhh..leceh le negara ni!

aku terpakai baju yg over harini, baju batik indon yg mardziyah bg tu,seluar cudroi n blazer..hehe,nampak aneh bila Nari (kawan korea) tanya "c'est un jour special?"..huh?ni bukan hari istimewa kak nari oii!ni aku dah takder baju nak pakai lagi ni!

pastu balik dari kelas, aku, nisah n wani g Casino (mcm kedai 'Giant' ler) tuk beli barang..lorr,x der apa yg menarik. aku beli pewangi jamban n pencuci sinki jer. kat sini kebanyakan kedai tak bg plastik,so aku sumbat jer la kat beg kesayangan aku tu.

pastu kami g 'lidl' (pun mcm giant gak,tp barangan jerman jer semua), aku beli la sayur, air botol n i botol (kaca) sirap raspberi. masa nak kuar tu tergesa2 coz bus dah nak sampai.berlumba la ngan si Wani n Nisha ni.sekali plastik koyak n botol kaca tu jatuh n terguling2 atas jalan!MALU TAHAP DEWA KESATRIA NYER!!!!!!botol tu pecah, n ada la beberapa org yg tengok2 (aku bg penendang kang!)

sekali balik salah bas rupanya, kena tukar kat Luangdoc, masa tu aku terbau bau jamban..ler!pencuci sinki aku tmpah dlm BEG!!! habis basah semua barang aku tu!

balik tu aku dlm keadaan tegesa2, coz x masak lg.abg faiz kata nak makan2 kat umah aku. ada 7 org semua nyer. aku buat la ayam masak merah, sekali serai plak takder, pow kak maya...masa goreng ayam tu,minyak terpercik2 kena tangan, pastu aku nak galihkan kuali tu, terkena tepi dia..panas nyer ya ampun!habis melecur...

sekali masa nak buka dah sampai. si Hadi, Ayie, Mat, Faiz n Kimi dah sampai.adoi la kalut jer rasa. nasib baik Faiz bawak udang sambal n ayie buat telor dadar. hadi n Kimi bwk manisan n roti canai (mana ler diorang dapat ni).sekali pingan ada satu jer!pinjam bdk2 ni punya. gelas pun ada dua?terseksa aku hari ni.

pastu buat la tadarus surah kahfi..adoi la,banyak nyer tajwid aku salah.harap jer skolah agama...
pastu baru aku teringat kena wat homework literature!tak baca lagi!esok ada expose!x leh ikut diorang g terawikh..baca2 tertidor.

Amir,Hadi n Kimi ketuk pintu, mln ni diorang nak hantar Kimi g stesen keretapi coz dia nak pergi Avignon.aku gatal nak ikut coz konon nak poyo study dlm bus (ingatkan mlm2 bas kosong!)

kat stesen tadi,aku nampak polis tgh halau org mabuk keluar ketapi (org ni dgelar SDF (sans domicile fixe- org takder rumah)). aku dah kat otak 'mampos la kalau org ni kuar kejor kitorang! selamat tak!

ingatkan dah habis petaka, sekali dlm bus nak balik umah (masa tu kul 12.18mlm) orang tak betol yg ada antena kat kepala dia tu naik bas sekali!(Besancon adalah mempunyai rekod kesihatan yg terbaik tetapi masalah orang gila yg tak terbendung!). dia mmg berhenti sama perhentian ngan kitorang. aku masa tu dah ler nak terkencing coz sejuk sgt (kat otak aku,kalo dia sergah aku lantak la!aku kencingkan ajer muka dia!) selamat ramai yg turun sekali,so dia tak tau nak kejar saper.hehehehe!

akhirnya selamat la aku sampai umah! tapi aku tergatal tangan nak tulis kat blog ni,so akhirnya aku tidor lewat. sekian wassalam!

12 comments:

hafizahsinin said...

lol.

hadi sprenteng said...

ko mmg kalut..penah ke ko xkalut cmni?hahaha

anjut said...

selalu yer.aku remaja yg pling cool kt dunia..

Pame 26 said...

ngahahahahaha!

mcm tgk sitcom Nanny

biskott said...

kalut lagi ribut..
isyh3

amel said...

ape kene mengena al-kisah sehari ko nie dgn lailatul Qadar?

anjut said...

mungkin Allah bg aku petanda lailatul qadar dgn masalah2 tu?
hahaha!wallahu'alam..

amel said...

insyaAllah... heh!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
jangan dikisah sama ada kita dapat atau tak Lailatul Qadr itu, tp yg kita tekankan (usahakan) ialah sekuat mana kita bangun beribadah, seteguh mana iman utk mengabdikan diri kepadaNya. Sama-sama istiqamah. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

anjut said...

amalan n iman seseorang itu rahsia antara Pencipta dan hambaNya.
x perlu dicanang2.
takut nanti jadi ujub,riak dan takbur.
ibadah yg paling afdal biarlah sedikit asalkan istiqamah dan ikhlas.

amel said...

u got the point!

amel said...

lupe plak..

aku nak minta maaf untuk kesalahan2 yang aku da wat kat ko.. sakit ati ke, x puas ati ke, nak gaduh ke., mcm2 adela!

Selamat Hari Raya Aidilfitri~

(^_^)

anjut said...

eh???saper je lah yg buat jahat ngan aku ni kamel oii!!!
ko ni jumpa aku pun jarang, bila masa nyer nak wat sakit hati?
nway, selamat hari raya gak!
makan ketupat jgn lupa aku!