Tuesday, September 30, 2008

mangkuk ayun

BANGANG!!!

Sunday, September 28, 2008

sikong atau keju, sirap atau wain?

salam semua!

Semalam, kami telah pergi ke Jura. Jura adalah antara daerah yg paling cantik di Franche Comte. ia terkenal dgn pembuatan keju dan arak nya. hanya 100 tempat dibuka kepada pelajar2 asing Universite Franche Comte n Centre Linguistique Apliquee. tujuan lain adalah untuk memberi ruang pelajar antarabangsa untuk saling berkenalan (yer ke?makin menyampah ada ler!).

seawal 7.30 pagi kami, Ina, Ainaa, Farah,Pamella, Alan, n aku (hanya kami yg berjaya dpt tempat kat lawatan tu!hehehee!!!) berkejaran ke stesen bus utk ke Campus ENSMM. Memang dah sah, pelajar Malaysia mmg sgt patuh!kami org terawal yg sampai, kemudian sampai la kumpulan pelajar cina,thailand, Aussie, itali, n ntah apa2 negara lagi. ada dua bus. satu bus mempunyai kapasiti 50 penumpang.

kami naik bas kedua bersama2 lecturer pengiring kami, Florian (cool giler dia, rambut mcm sarang tebuan, mcm raggae2 la). bas kami lambat coz terpaksa tunggu 2 ekor lembu dari sepanyol (kenapa aku panggil lembu?coz dah ler lambat,pastu mulut tu asyik bercakap jer sepanjang perjalanan!). perjalanan ambil masa setengah jam. pemandangan gunung ganang, ladang anggur, epal n peach, padang ragut lembu (lembu dia pakai lonceng besar2 kat leher, kalah anak mami!), memang cantik pemandangan dia. nama pun antara daerah yg tercantik. tapi aku jadi loya coz semua orang bercakap!!! pening pala, depan italy, depan sket omputeh, sebelah jerman, belakang aku sepanyol, selang satu kerusi tcheque...macam pasar minggu dlm bus tu... kita org melayu ni kan sopan santun, so duduk jer tgk diorang...

Kilang keju Comte.


tiba la kami di kilang keju tu. di Poligny. nampak dari luar mcm bar jer, rupa2 nyer dlm dia mcm muzium keju. Tempat ini juga adalah pusat pembelajaran segala2 mengenai keju, dari perah susu tu, sampai la masuk dlm perut kita. selama 2 jam kami diberi penerangan. aku suka cara presentation dia coz unik n tak membosankan.

keju Comte adalah yg terkenal di dunia, ada dua jenis, keju putih n keju kuning.beza antara dua keju ni adalah musim perahan susu, keju kuning terhasil bila lembu2 dilepaskan di padang ragut dan makan segala jenis bunga2 n rumput2 yg memang sengaja di tanam. so, segala zat galian yg dihadam terus menjadi unsur susu yg dihasilkan, sebab tu kaler kuning. keju putih pula dihasilkan pada musim sejuk, dimana lembu2 tu di beri makan rumput kering dlm kandang masing2, so x der sgt trace bendasing2 tu. Rasa pun berbeza, keju kuning rasa lebih kepada buah2an (tapi aku terbau biskut kering jer), n keju putih lebih berkrim n bau susu yg kuat serta lebih lembut. aku tak dpt la nak makan coz puasa, budak2 pempuan yg tak leh puasa beruntung!



a b c


A) di depan kilang keju 'COMTE'
B) ini la tutor kami yg mengajar makan keju
C) contoh Camembert yg dah siap. berat satu adalah +- 47kg

Pique-nique


semua dah lapar perut tu... so, g la kami piknik di Arbois. aku pun mmg tak sabar nak g tempat tu, coz tgk foto2 senior tahun lepas, cantik tempat tu. tapi aku kecewa, coz pokok dia semua masih hijau. ni baru permulaan musim luruh, jadi kalau nak tengok poko2 tukar kaler jadi kuning, oren, merah, emas n lain2 kena tunggu tengah2 bulan sepuluh. tapi tak pe la, coz sekumpulan itik kat situ dah berjaya mengoda aku n menguji kepakaran lensa aku. orang lain semua sibuk makan n bercakap, aku pulak sibuk bagi itik makan (puasa ler...).




lawatan ke kilang arak Chateau Bethanie

terlebih dahulu, aku harap korang jgn salah paham, bukan aku nak sgt tengok kilang ni, tapi it was included in the prog, so x leh nak elak. tapi tak per, at least aku dapat serba sedikit pengetahuan pasal anggur basi ni. di kilang ini, pembuatan arak jenis wain adalah yg ketiga terkenal di Perancis. dengan keluasan ladang anggur yg berhektar-hektar di kiri kanan kilang, memang alasan kukuh utk kilang ini mendapat gelaran kilang berjaya anugerah dari Credit Agricole (bank Pertanian) 2005-2007.

seperti semua orang tau, wain terbahagi dua, wain merah n wain putih (rouge et blanc). sudah tentu anggur yg digunakan juga jenis hitam (red wine- anggur jenis muscat) n hijau (white wine- anggur jenis biasa).beza antara kedua wain ini ialah warna, aroma (wain putih bau lebih kuat) n rasa (wain merah lebih bergula n rasa lebih 'lembut'). setiap hari, lebih 100kg anggur dituai untuk menghasilkan satu barrel wain (lebih kurang 50 liter utk barrel yg kecil), kemudian proses penapaian dan pemeraman anggur pun berlaku. untuk pengetahuan, wain yg diperam lagi lama, menghasilkan kualiti yg lebih bagus.

kemudian kami dibawa ke Istana Wain utk sesi merasa2. sudah tentu kami yg beragama islam mengambil tempat paling belakang n tiada goblet kat atas meja. masa itu, semua mata memandang kami macam makhluk yg aneh. kami pula memandang mereka sebagai orang gila yang meminum air basi n jelas menjejaskan kesihatan (eventhough people said that red wine is good for your health, still 40% people died because of it n test to prove the 'goodness' in red wine was only done to the mice, not human. so u guys one of those mice?). Florian dtg ke tempat kami n bertanya khabar (mungkin dia tau kami tak selesa), tapi sebagai org yg professional dlm segala hal, kami berselindung disebalik soalan2 yg kami lontarkan (dimana tak der sekor pelajar lain pun tanya, yg mereka tau minum percuma). antara soalan yg ditanya lebih kepada kandungan wain, kegunaa, n wain2 yg diminum bersama hidangan berbeza, selalu masakan Perancis yg mana diletak wain (very usefull infos as u can make the difference between halal n non halal food).





Bersiar2...

Ok, masa yg ditunggu sudah tiba! kami diberi masa dua jam lebih untuk bersiar2 di pekan Arbois yg bersejarah. saper kenal Louis Pasteur? ok turun tangan... ini adalah pekan kelahiran beliau, rumah beliau dilitupi daun2 yg berwarna-warni (bukan plastik) n anda akan merasakan berada di tengah2 pekan eropah pada zaman kuno (apa2 pun pekan Doubs, Besancon paling menarik!). Udara nyer memang nyaman n segar. ada satu sungai kecil mengalir n kelihatan ikan berenang2 di dalam. mereka memang amat menitik beratkan kebersihan. di sudut pekan, ada satu kedai kebab halal (turki) kami kesana untuk menemankan beberapa orang yg kelaparan (they cannot be blamed as God gives them a LOT of rukhsah, u r lucky girls...). kami yg lain ingin tumpang semayang coz ternampak signboard 'musallaah' kat kedai tu...tapi org tu ckp, ' il n'y a plus, desole...', dah takder musalaah tu coz generasi yg skrg ni dah makin leka. buat jamak tamam la gamak nyer.




balik!!

baik la, waktu balik pun tiba. penat rasa kat kaki n bahu ni, tapi kami puas. seperti biasa, sepanjang perjalanan sentiasa bising n bingit, cuma kali ni slow sket coz ramai yg terlentang penat or paling tidak pun mabuk minum arak tadi. cuma kedengaran suara encik kangaroo dari aussie jer yg bising. dia ni budak sama tutor ngan aku, cuma berlagak sket la coz anak org kaya n boleh cakap jepun n jerman ngan fasih, dia tak tau aku punya bahasa kelantan dah tahap master! tapi tak pela, asal tak kacau aku dah...

aku semakin takder tenaga, nasib baik si Peah masak nasi minyak (tapi mcm nasi ayam) n aku tak perlu kalut untuk berbuka.





c'est tout. merci!
"Semakin jauh kita mengembara, semakin banyak yang kita pelajari, semakin banyak yang kita pelajari, terasa semakin banyak benda yang kita tak tahu, tapi sebenarnya kita tak rugi kerana tidur orang yg berilmu itu lebih baik dari solat sunat orang yang tidak berilmu"

Wednesday, September 24, 2008

bahasa jiwa bangsa...

salam sejahtera...


mungkin semua tertanya2 kenapa aku memilih tajuk ini. setelah sering melontarkan perasaan yg lebih kepada emosi sendiri, baik aku bicarakan satu tajuk yg penuh ilmiah.

aku menjengok ke blog idola ku, Dr Mahathir! tertarik ngan slah satu artikel beliau. setelah menilik isi2 yg diukir, aku mula perasan, bahawa kebencian aku terhadap org yg mengagung2kan bahasa asing semakin pudar (lebih jitu jika aku kata 'a malaysian (particularly malay) who prefers to speak other language rather than malay'.

secara ironi nyer, aku merupakan pelajar linguistik bahasa perancis (that's also called 'science de langages). tetapi pada dasarnya, tujuan aku belajar bahasa ini sendiri adalah utk 'mencuri' ilmu2 yg ada pada bangsa perancis yg selalu digah2 dgn 'la mode de vie' nyer. disitu sebenarnya aku dah memberi jawapan kpd diri sendiri 'kenapa belajar bahasa asing?'.

menguasai pelbagai bahasa bukan lah satu kebanggaan sebenarnya, tetapi kebolehan mencedok sebanyak mungkin ilmu2 dari kitab2 berbahasa itu lebih utama.

Hamzah yg dulu selalu berfikir "kenapa nak guna bahasa omputeh,padahal jerman,france,jepun n US guna bahasa depa pun bleh maju jugak, masa dulu sains n matematik dlm bahasa melayu pun ada jer peguam n engineer kat Tanah melayu ni!". cukup sensitif bila org mula menolak bahasa melayu tetapi mengangkat bahasa asing...

kini,sempena hari2 terakhir ramadan (mungkin aku dah dpt lailatul qadar!) aku mula sedar. Negara2 tersebut bangga dgn bahasa sendiri kerana mereka pun mempunyai kualiti ilmu yg tinggi!jika aku masih lg Hamzah yg dulu yg sentiasa berfikir "org ckp mat saleh ni berlagak jer sebenarnya" n "bahasa melayu akan pupus n kerajaan sgt tolol buat math n sains dlm english" sudah tentu aku masih lagi dlm kelompok 'merak kayangan yg hilang ekornya, tp mengigal di tengah taman'.

mereka bukan mengangkat bahasa asing, tetapi sebenarnya mengunakan nyer sebagai spatula utk mencedok apa2 yg patut dari bangsa tersebut. bahasa melayu tidak akan lenyap dari dunia! kalau tidak,sia2 kerajaan melatih beribu2 guru bahasa melayu untuk mengajar disekolah!

secara jujurnya, Malaysia mmg sebuah negara yg maju, bangunan pencakar langit berlumba2 melepaskan pucuk memasing, kereta2 besar bagai sungai yg bertali arus... tetapi kebanyakan teknologi yg kita ada, bukan dari tanah tumpah kita ni. kita masih mencedok teknologi mesin dari jerman, automotif dari perancis, arkitek dari England. andai ada anak watan yg menjadi pakar ortopedik sekalipun, sudah tentu beliau dari kelulusan Ireland atau India.

masih terlalu mentah otak aku ni untuk menerangkan lebih lanjut, apa kata kita lihat penjelasan idola ku ini...


| | Comments (649) | TrackBacks (0) | Previous Blog
1. Saya mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kerana itu ramai yang menuduh saya tidak bersemangat kebangsaan Melayu, tidak utamakan bahasa saya.

2. Izinkan saya membuat sedikit penjelasan sebelum saya dihukum.

3. Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya bediri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka.

4. Kita diberitahu Nabi bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Apakah dapat orang Arab tuntut ilmu orang Cina tanpa mempelajari bahasa Cina, lisan dan tulisan, terlebih dahulu?

5. Kita juga tahu orang Arab telah menguasai ilmu Sains, Matematik dan falsafah yang diterokai oleh orang Yunani (Greek) dan menterjemahkan ilmu-ilmu ini ke dalam bahasa Arab sebelum kaji selidik dilakukan untuk memperluaskan ilmu-ilmu ini.

6. Semasa bangsa-bangsa yang beragama Islam iaitu Arab, Turki, Uzbek dan lain-lain berjaya bangunkan tamadun Islam yang gemilang, bangsa-bangsa Eropah berada "di zaman gelap", zaman mereka tidak berilmu dan percaya kepada kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam.

7. Pada abad ke-15 Masehi, orang Eropah yang berkurun-kurun kagum dengan tamadun orang Islam mula sedar akan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, perubatan, matematik, astronomi yang dimiliki orang yang berbahasa Arab serta sumbangan ilmu-ilmu ini kepada tamadun gemilang Islam. Paderi-paderi Kristian Eropah belajar bahasa Arab untuk mendapat akses kepada ilmu-ilmu yang berada dalam kutub-khanah milik Arab dan orang Islam lain.

8. Mereka mempelajari semua ilmu-ilmu ini dalam bahasa Arab dan menterjemahkan kedalam bahasa Latin, dan kemudian kepada bahasa-bahasa Eropah. Kemudian mereka pula membuat kajian dan memperluaskan semua ilmu-ilmu ini. Maka terdirilah tamadun Eropah yang terus maju hingga ke zaman sekarang.

9. Yang jelas daripada sejarah ialah penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula dengan penguasaan bahasa bangsa-bangsa ini.

10. Apakah kita tidak mungkin mengadakan segelintir daripada orang Melayu mempelajari bahasa ilmu di zaman ini, iaitu bahasa Inggeris supaya mereka dapat menterjemahkan ilmu-ilmu ini kepada bahasa Melayu. Dengan itu orang Melayu lain boleh kuasai ilmu-ilmu ini dalam bahasa Melayu, tanpa mempelajari bahasa Inggeris.

11. Malangnya keadaan sekarang tidak seperti abad ke-15 dan sebelumnya. Ilmu di zaman dahulu terhad, dan tidak bertambah dengan pesat.

12. Di zaman ini ilmu Sains dan Matematik yang amat penting untuk membangun dan memajukan masyarakat manusia, kembang dan bertambah dengan pesatnya. Tiap hari, tiap bulan dan tiap tahun ilmu baru yang diperbaharui sepanjang masa, diperkenalkan oleh para saintis dan pengkajiselidik kepada masyarakat dunia. Ilmu matematik terutama algorizmi dan perhitungan yang kompleks digunakan untuk mengetahui apa hasil jangka panjang daripada sesuatu teori dan untuk menentukan gerakan bintang di langit supaya kapal angkasa dapat menemui sasaran setelah berjalan berbulan-bulan.

13. Dimasa yang sama banyak ilmu baru diperkenalkan yang berasas kepada kuasa elektrik, gerakan atom, sains halus atau nano science, asas-asas fisiologi kehidupan tumbuh-tumbuhan dan makhluk Allah dan berbagai-bagai lagi.

14. Hakikatnya ialah jumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangannya tidak dapat dikejar oleh penterjemah Melayu yang sedikit yang ada. Harus diingat untuk menterjemah tiap ilmu khusus dalam bidang Sains memerlukan bukan sahaja kefasihan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi juga kepakaran dalam ilmu berkenaan. Kita tidak punyai dengan mencukupi orang yang berkebolehan seperti ini. Jika ada beberapa kerat orang seperti ini mereka tidak mungkin sanggup bekerja sebagai penterjemah seumur hidup mereka.

15. Sebaliknya jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris tanpa menunggu pengalih bahasa kita. Tiap-tiap tajuk yang terkini dan yang lama terbuka untuk kita menguasainya. Dengan itu kita tidak akan ketinggalan daripada segi ilmu pengetahuan berbanding dengan bangsa yang maju.

16. Sesungguhnya agama kita menuntut supaya kita kuasai ilmu-ilmu ini. Sebagai orang Islam kita perlu bersedia untuk mempertahankan umat Islam. Di zaman dahulu kuda perang, pemanah, pedang dan tombak memadai untuk pertahanan.

17. Di zaman ini kita perlu kereta perisai, meriam dan roket, pesawat pejuang dan pengebom, kapal perang dan kapal selam. Kita tak mungkin cipta dan bina semua ini tanpa ilmu sains dan matematik. Kita boleh beli daripada orang lain tetapi ini bermakna kita letak diri kita di bawah cengkaman mereka.

18. Jika kita ingin amal ajaran Al-Quran berkenaan dengan keperluan pertahanan bagi umat Islam maka penguasaan ilmu sains dan matematik perlu menjadi sebahagian daripada fardhu kifayah bagi kita. Ia bukan ilmu sekular seperti diperkata sesetengah orang. Ia adalah sesuatu yang diwajib keatas diri kita.

19. Jika kita abaikan ilmu ini semata-mata kerana kita lebih utamakan bahasa kita, dan dengan itu kita jadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina oleh orang, kita tidak boleh dakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan agama. Orang yang rela bangsanya dihina tidak faham akan makna nasionalisme yang sebenar atau tanggungjawab orang Islam terhadap agama mereka.

20. Bagi saya pejuang bangsa yang betul-betul bersemangat perlu bermatlamat untuk menjadikan bangsanya bermaruah, dihormati oleh semua bangsa lain dan berkebolehan bersaing dalam apa juga bidang dengan kemungkinan berjaya.

21. Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka. Mereka ini bukan nasionalis dalam erti kata sebenar.

22. Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa.



"Andai benar Pendekar melayu tak boleh dipisah dari kerisnya, jangan la terlampau angkuh menolak lela rentaka dari luar. bukan kah zaman sentiasa berubah, jalak lenteng pun tahu setiap harkat kokok nya...bahasa jiwa bangsa tetapi ilmu yg menjadikan sesuatu bangsa itu mulia"

wallahua'lam...

Monday, September 22, 2008

ap kah nasib badan ku pada hari ini?siapa boleh jawap?

apakah hari ini hari kesialan atau lailatul qadar?

hehehe,kita mulakan awal pagi tadi...
aku tak cukup tidor coz terbangun awal sahur tadi n aku tak leh tidor pas subuh, so badan rasa sgt penat...

pastu nak g kelas tu aku singgah pejabat pos dulu, coz nak bg souvenir kat Kak long Siti Payung, dia nak kawin bln 10 ni. sekali tak boleh,coz makcik tu kata "adik kena bungkus dulu kad n syiling (syiling kenangan Citadelle) ni dulu baru leh pos,kalo tak sistem x terima kalau ada detect logam kat dalam...hurghhhh..leceh le negara ni!

aku terpakai baju yg over harini, baju batik indon yg mardziyah bg tu,seluar cudroi n blazer..hehe,nampak aneh bila Nari (kawan korea) tanya "c'est un jour special?"..huh?ni bukan hari istimewa kak nari oii!ni aku dah takder baju nak pakai lagi ni!

pastu balik dari kelas, aku, nisah n wani g Casino (mcm kedai 'Giant' ler) tuk beli barang..lorr,x der apa yg menarik. aku beli pewangi jamban n pencuci sinki jer. kat sini kebanyakan kedai tak bg plastik,so aku sumbat jer la kat beg kesayangan aku tu.

pastu kami g 'lidl' (pun mcm giant gak,tp barangan jerman jer semua), aku beli la sayur, air botol n i botol (kaca) sirap raspberi. masa nak kuar tu tergesa2 coz bus dah nak sampai.berlumba la ngan si Wani n Nisha ni.sekali plastik koyak n botol kaca tu jatuh n terguling2 atas jalan!MALU TAHAP DEWA KESATRIA NYER!!!!!!botol tu pecah, n ada la beberapa org yg tengok2 (aku bg penendang kang!)

sekali balik salah bas rupanya, kena tukar kat Luangdoc, masa tu aku terbau bau jamban..ler!pencuci sinki aku tmpah dlm BEG!!! habis basah semua barang aku tu!

balik tu aku dlm keadaan tegesa2, coz x masak lg.abg faiz kata nak makan2 kat umah aku. ada 7 org semua nyer. aku buat la ayam masak merah, sekali serai plak takder, pow kak maya...masa goreng ayam tu,minyak terpercik2 kena tangan, pastu aku nak galihkan kuali tu, terkena tepi dia..panas nyer ya ampun!habis melecur...

sekali masa nak buka dah sampai. si Hadi, Ayie, Mat, Faiz n Kimi dah sampai.adoi la kalut jer rasa. nasib baik Faiz bawak udang sambal n ayie buat telor dadar. hadi n Kimi bwk manisan n roti canai (mana ler diorang dapat ni).sekali pingan ada satu jer!pinjam bdk2 ni punya. gelas pun ada dua?terseksa aku hari ni.

pastu buat la tadarus surah kahfi..adoi la,banyak nyer tajwid aku salah.harap jer skolah agama...
pastu baru aku teringat kena wat homework literature!tak baca lagi!esok ada expose!x leh ikut diorang g terawikh..baca2 tertidor.

Amir,Hadi n Kimi ketuk pintu, mln ni diorang nak hantar Kimi g stesen keretapi coz dia nak pergi Avignon.aku gatal nak ikut coz konon nak poyo study dlm bus (ingatkan mlm2 bas kosong!)

kat stesen tadi,aku nampak polis tgh halau org mabuk keluar ketapi (org ni dgelar SDF (sans domicile fixe- org takder rumah)). aku dah kat otak 'mampos la kalau org ni kuar kejor kitorang! selamat tak!

ingatkan dah habis petaka, sekali dlm bus nak balik umah (masa tu kul 12.18mlm) orang tak betol yg ada antena kat kepala dia tu naik bas sekali!(Besancon adalah mempunyai rekod kesihatan yg terbaik tetapi masalah orang gila yg tak terbendung!). dia mmg berhenti sama perhentian ngan kitorang. aku masa tu dah ler nak terkencing coz sejuk sgt (kat otak aku,kalo dia sergah aku lantak la!aku kencingkan ajer muka dia!) selamat ramai yg turun sekali,so dia tak tau nak kejar saper.hehehehe!

akhirnya selamat la aku sampai umah! tapi aku tergatal tangan nak tulis kat blog ni,so akhirnya aku tidor lewat. sekian wassalam!

Saturday, September 20, 2008

rumen, reticulum, omasum,dan abomasum.

Hari ini perut aku sangat penuh...Tadi kami (Faiz,Ayie, mat n aku) dijemput ke rumah presiden masjid turki utk berbuka puasa. imam Sheikh yg bawa kami ke rumah presiden tu,naik kereta dia. Imam ni sgt suka ngan org Malaysia (sebenarnya semua org arab kat sini suka org Malaysia, kenapa ntah-padahal culture kita mmg pun mcm ni "sentiasa senyum laksana mawar biar pun tanah tak terlalu subur"). dia siap janji nak bg kereta dia tu pada kami coz tahun depan dia nak balik Turki!untung badan!

Presiden tu sgt kaya, tp kami lupa nak tanya nama dia. anak2 dia cantik2!hehehe! kami tunggu beberapa minit lagi supaya rumah banglo dua tingkat tu penuh-semua orang turki!, n mereka ckp bahasa turki!-wah,seperti biasa di Perancis,mana2 pun bangsa anda,protokol makan tetap diikuti. untuk entree, kami dihidangkan ngan sup (rasanya mcm tom yum sket) n roti yg kelihatan seperti pizza,tp nipis lagi.juga dihidangkan dgn kurma n manisan 'baklavah' (manisan ni aku kenal kat mesia lg coz abg rosi selalu bawak, ia merupakan lapisan kacang yg disira dgn madu). kemudian tibalah plats principaux kami- iaitu nasi rempah (kelihatan seperti nasi dagang,tp lebih melekit), bebola daging n daging dimasak dgn kacang kuda.

untuk pengetahuan, plats principaux yg dihidangkan pada hari ini adalah sama dengan makanan yg diberi pada kami ketika dirumah sheikh Baba pada minggu lepas. cuma dirumah sheikh Baba tu aku rasa mual sket coz adat org Turki,tetamu yg dtg akan dicalit dgn minyak wangi tradisional atau diasap dgn kemenyan (kat rumah sheikh Baba kami dicalit pewangi mekkah..adoi pening pala aku coz bau dia kuat)...

bagi aku org Turki kat sini baik2 semuanya. jgn terkejut kalau tengok mat rempit kat sini (diorang rempit pakai scooter) nampak jer muka ganas n mmg selalu buat gedebeh,tp bila terawikh, muka diorang juga yg ada sampai habis witir. kat malaysia pun ada jugak aku rasa.hehehe!

ini adalah 'plats principaux' dirumah sheikh Baba, kat rumah presiden pun kami makan benda yg sama.



pelajar-pelajar Malaysia yg menanti makanan percuma. x pelah kalau tak kenal Tuan rumah pun,rezeki takkan ditolak , ye tak?



cucu2 sheikh Baba, diorang ni pemalu tapi suka main agah2 ngan kitorang.hehe!suka budak2 ni coz aku tangkap gambar diorang.






lepas buat solat maghrib kat rumah presiden tu, kami balik ke rumah masing2...sekali aku pening kepala coz tengok udang rimau berlonggok kat dlm sinki... aku ingatkan nak masak tadi,sekali teringat hari ni Presiden ajak makan kat umah dia.hmmm... perut aku kata leh makan lagi ni,so aku pun buat la spaghetti carbonara (tapi lebih ke marinara coz yg original tak pakai udang,tp aku kesian tengok udang tu,nantikan dia merajuk coz aku tak masak dia)...sedap nyer!!!kalau beli kat restaurant ni mau sepinggan 13euro (rm65!)...

sebenarnya minggu ni aku makan banyak benda yg berkolestrol..dulik apa aku,idup sekali jer kan. semalam buka dekat rumah Aman,kami beli kebab kat Battant (yg terkenal dgn Durum daging dia). kebab kat sini 4 kali ganda kebab Malaysia n 100 kali ganda sedap n semua bahan dia fresh (kalau kat Mesia, daging burger tu la dicincang wat inti pastu timun dia sebesar tayar bas!kebab ori mana ada timun...). haritu aku buat set bubur kampung. tp x lengkap coz takder telur masin (ada jual, tp sebijik 1 euro (rm5)).



spaghetti carbonara (tp udang tu over ler!) tambah hot chocolate di tengah2 sejuk angin siberia yg bertiup ni..aduhh,seronok nyer...


ni aku try buat ayam masak merah, mesti abang2 aku yg lain tak caya yg aku buat ni lagi SEDAP dari diorang punya!hahaha!



“He hath forbidden you only carrion, and blood, and swineflesh, and that which hath been immolated to (the name of) any other than Allah. But he who is driven by necessity, neither craving nor transgressing, it is no sin for him. Lo! Allah is Forgiving, Merciful” (2:173).

Wednesday, September 17, 2008

diciptakan makhluk itu agar sentiasa berkasih-kasihan.

aku tgh merayau2 kat satu group perguruan kat dlm frenster.
sekali terjumpa ler pernyataan2 ni.
rasa lawak yer jugak,rasa tak patut yer gak.lojik pun ada.bercampur baur.

ia mengenai pandangan perempuan terhadap lelaki yg hensem n yg tak hensem..nasib baik aku kelompok yg tgh2 (kira sedap mata memandang jer, x der la nsem sgt,tp ok la..wakakaka!!!).

ok kita layan..zastttttttt!!!



kalau lelaki handsome pendiam

kamu akan cakap:: woow, cool giler...

kalau lelaki tak handsome pendiam

kamu akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat

kamu akan kata: nobody's perfect

kalau lelaki tak handsome berbuat jahat

kamu akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong kamu yg diganggu

kamu akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!

kalau lelaki tak handsome menolong kamu yang diganggu

kamu akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat gf jambu

kamu akan kata: sepadan sangat...

kalau lelaki tak handsome dapat gf jambu

kamu akan kata: mesti kena bomoh budak tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih

kamu akan kata: jangan sedih, kan saya ada..

kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih

kamu akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya

meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang

kamu akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang

kalau lelaki tak handsome penyayang binatang

kamu akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...( ni yg paling lawak sekali!!!)


kalau lelaki handsome bawa BMW

kamu akan cakap: matching... hebat luar dalam

kalau lelaki tak handsome bawa BMW

kamu akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas kamu

kamu akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen

kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas kamu

kamu akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....


kalau lelaki handsome hantar mesej kat kamu
cepat2 dibalas..

kalau lelaki xhandsome dia akan ckp buang masa je layan
Btul x???


tapi tak semua perempuan mcm tu...zaman sekarang manusia makin bijak membuat pertimbangan dlm mencari jodoh...so, kehenseman or kecantikan itu adalah perkara yg subjektif,banyak jawapan yg boleh diberi..



"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang .Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir (Ar Rum ayat 21) "

Monday, September 15, 2008

kurangkan kontrovesi,tingkatkan prestasi!caiyok!

wakaka!

dah tengelam timbul otak aku nak tulis apa. don't worry, this post is classified as 'U'.

baik la, hari ni kita tak perlu menikam2 org lagi,walaupun tidak,tp ada yg perasan (manusia,biasalah...kalau poodle, dah lama aku cukur bulu dia).

aku nak bercerita pasal kelas baru aku ni. hari ni dah start kelas.aku masuk group 2nd.tp utk kelas 'semiologie' td,kami disatukan semula.bersamalah beberapa pelajar asing yg lain.

tp semua org pelik,coz ada banyak sgt 'Hamzah,Mejah @ Anjut' kat dlm kelas tu.kenapa?trengjengjeng!!!

tumpuan kita pada hari ini adalah kepada saudara Sanad dari Kuwait dan saudara Alhajaj dari Libya.

saudara Sanad seorang yg peramah n rajin tulang.french dia pun bleh tahan.rambut panjang2 sket n kerinting sederhana. typical org arab la, kenal Amr Diyab tak?buruk sket la dari dia,n pendek dari aku (nota kaki-aku lg hensem dari Amr Diyab). tp bau mulut dia busuk sket la,tak per puasa kot,nanti kat akhirat bau kasturi la tu.


Alhajaj pula org nyer brutal sket n peramah jugak (kadang2 tu over). kiar mmg cool guy from mars la ni.mesti ramai yg kenal lead guitarist SOAD si Daron Malakian tu kan?-Nora Malikiaman bekas cekgu french aku kat smap dulu,takder kaitan pun-..french dia mmg berhabuk.mmg power rangers sket la.



Hamzah pulak mcm jaguh kampong lembah pantai jer rupanya...aku ingat kat sini leh la jadi pelajar terbaik.dulu kat IPBA semua org kenal aku ni kat kelas tak leh senyap mulut,mesti jer ada idea2 bernas yg aku keutarakan.

sekali td dlm kelas,aku terkubur n tengelam...sedalam dasar jurang mariana aku ditengelamkan oleh mamat dua ekor ni.masing2 nak tunjuk bagus!walamak wei,kecil diri patik ni...budak2 len terkikik2 ketawa tengok aku ditindas."eh mejah,nampok mu kecik jaa sebelah dio oghe!"Alhajaj jd tablemate aku, n Sanad selang dua org sebelah aku,antara dia n alhajaj ada lg sorang pencabar perempuan,kitorang pangil Beyonce!pun samer gak nak tunjuk bagus. jd patik pacal yg hina ini hanya dipandang sebelah taik mata jer la.

semiologi ni kita belajar nak nilai sesuatu perkara melalui sudut berbeza.kami diberi gambar hutan ditebang.aku kena discuss dgn si Alhajaj ni.oh!melampau la,dia sedap2 korek idung,amik pen aku plak tu,pastu nak amik point aku!penat aku terjerit2 kat madame tu,sekali dia cakap balik point yg sama dgn suara lagi kuat,dia yg dpt nama.apa ni?lembu punya susu,musang dpt nama!(tp aku bukan lembu la)..

sekali sampai la berita baik,alHajaj kena tukar kelas hari khamis,so kurang satu saingan, mula2 dia taknak gak.menyemak jer..yg si Sanad ni plak,degil taknak tukar hari Kamis. kena wat mcm tu coz kelas tu ramai sgt.budak2 malaysia mmg takder pilihan,kami kena amik harini jugak coz kamis bertindih dgn kelas lain.

jadi begitulah hari pertama yg berlalu dgn penuh cabaran. macamana aku nak tingkatkan prestasi kalau ada jer kerbau yg menghalang jalan?kita berdoa je la yerk.satu aku puji diorang ni,budak (dah umur lebih 23 sbnrnya) berdua ni mmg la mcm tu perangai dia,mereka pun macam aku,nak jadi yg terbaik...tp diorang ni sudi menolong dlm pelajaran n tak sombong.persaingan sihat tu org kata.bagus2!

esok,apa pulak yg berlaku ek?x sabar aku nak tunggu esok...

"Tuntut la ilmu dari buaian ke liang lahad!- kenapa perlu menjadi kaca andai diri sehebat intan?berusaha sedaya upaya,andai esok kiamat pun,semai la benih yg ada di tangan"

Saturday, September 13, 2008

jika aku diberi pilihan...

Tuan2 dan Puan2...

jika aku diberi peluang untuk melenyapkan apa2 didunia ini, aku akan lenyapkan BEBERAPA orang didalam hidup aku ini.

akan aku hiris2 badan dan kemaluan nyer dgn pisau belati yg baru ku beli di intermarche haritu...lalu kusiram dgn perahan limau nipis yg terdapat di kedai vietnam itu...dgn tanpa belas kasihan,aku akan hantar ke kedai daging halal tu utk dihancurkan dlm mesin,kemudian...aku lontarkan cebisan itu kepada anjing depan rumah aku...hati dan jantung nyer akan aku buat sup sebagai penghangat diri dikala sejuk ini...baru puas!!!!!!!!!!!!!!!!

tapi masalah aku,org2 itu terlalu jauh...jauh sgt....sgt2 jauh.............di benua yg satu lagi..walaupun aku tak dpt hidu bau hangit badan nyer lagi, tapi aku dpt rasa mereka tengah terguling2 mengejek aku..."Bodoh nyer ko ni Mejah!(nama ni pun sebenarnya aku tak berapa suka)...jadi lah keldai!berusaha la sampai kau mampos dihujung hari!biar kami yg kenyang,sedang kan engkau akan menjadi tugu yg takkan kami pandang.buat la jasa sampai kau mampos!mulut kami mmg manis,tapi kau tak tau,gula yg manis tu pun leh jadi penyakit!!!hahahaha!!!!"....ketawa mereka,dengusan mereka....sakit nyer hati aku ini...

kenapa sekian lama baru aku nak sedar?dah terhantuk baru tergadah?tak sedar diri tu umpama melukut di tepi gantang?tapi kenapa dulu bodoh sgt?????bukan bodoh la..naif sket jer...dulu mereka la pagi,mereka la malam.umpama cogan kata "pagi yg gelap kini sudah terang!!!!".. tapi rupanya petir yg bakal menyambar kedalam lubuk hati ini..x reti beza mana siang,mana malam...

Hamzah: saper mereka tu?

anjut: nak tau ke?....

adalah org2 yg pernah aku gelar sebagai 'sahabat'. taik kucing!!!

Hamzah: apa yg ko nak dari mereka?

perhatian?duit?kasih sayang?syurga atau neraka?

anjut: bukan perhatian, adik beradik aku pon dah cukup bg pada aku...
duit pun tak,dkt bank pun tak tau bila nak guna...
kasih sayang?buat apa aku ada buah hati...nunnnn jauh kat perlis tu.
syurga n neraka?tu hak Allah....

Hamzah: habis tu nak APA? gedik la ko ni!!!

anjut: aku nak masa lalu aku dgn diorang. di mana bumi masih lagi sfera, langit masih lagi cerah,suria masih lagi bersinar...seperti awal kami berjumpa...senda gurau selepas penat seharian..
bukan mcm sekarang...

Hamzah : itu tak mungkin..korang kini berjauhan...

anjut: apa guna internet?sekadar salam pun aku dah cukup suka...

Hamzah: mcm pisah ngan awek plak ko ni?

anjut: ntah, sbb tu susah kalau terlampau rapat...umpama jari jemari...satu terkerat masa potong ayam,sakit nyer bukan kepalang...kau pun pernah rasa kan?tapi sayang yg ini tak sama dgn cinta pada kekasih...sayang yg pernah ada dulu umpama keluarga...x ada nafsu,cuma mawardah wa rahmah...

Hamzah : tu la ko,kalau dah baik sgt tu,tak ingat dunia..

anjut: mungkin, tapi aku lebih suka teman tapi mesra aku...mereka best.aku benci diorang yg talam dua muka!

Hamzah: rileks la,apa yg diorang dah buat?

anjut: diorang buat aku kelihatan bodoh.

Hamzah: kalau diberi peluang bersua?

anjut: x kan diberi.dan x kan terjadi.

Hamzah: Tuhan kan maha berkuasa.

anjut: mmmm...akan ku penerajang dia!!!

Hamzah: betul?

anjut: x lah,aku akan ckp dgn dia "jgn la buat mcm ni kat kawan2 yg lain...pedih itu sakit.."

Hamzah: kalau dia mintak maaf?

anjut: sorry no cure!

Hamzah: ok fine!lupakan diorang...

anjut: boleh,tp mcmana?

Hamzah: delete frenster ko n blog ko skali.

anjut: mungkin...akan ditimbal balik...

Hamzah: rasa lega bukan?

anjut: yer la...tp mcm org giler...

Hamzah: kenapa plak?

Hamzah,Anjut n Mejah (serentak): oh sebab ko ckp sorang2 heh?yer la,kita kan entiti yg sama!!!

glosari:-

Hamzah- nama pemberian ayah...dgn doa nyer supaya menjadi tabah n tegas seperti saidina Hamzah..tapi?hmmm..ok jer.cuma agak terpelihara akhlak jika ku dipanggil dgn nama ini..

Anjut- nama yg diberi atuk n menjadi panggilan oleh bonda n adik beradik yg lain. macam mengada2 sket,manja,keras kepala,n ceria (mcm kat rumah la kot).tapi masih bersifat berdikari dan mempelajari...

Mejah- nama pangilan rakan2...seorang yg gemok,mata bulat n banyak cakap?kenapa nama itu bersifat sebegitu?ntah la.pangil lah aku apa2 pun,jgn pangil syaitan n dajjal sudah..

sahabat- pengiktirafan teragung aku pada orang luar yg rapat dgn aku. jarang org dpt gelaran ini.tapi biasa kena lucut coz rekod tak bersih n di syaki ada udang di sebalik spageti bolognaise.

awek- hahaa!cari la sendiri!

teman tapi mesra-
rakan2 aku utk jadi giler2 n bermanja2.lebih over dari kawan n lebih rapat dari keluarga.kebanyakkan nyer perempuan,sehingga menimbulkan syak wasangka yg tak berbelah bagi dari pelbagai pihak.

rakan-rakan-
ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiii sgtttttttttttttttttt! dari 101 bangsa yg berbeza.bertebaran di serata dunia.yg tak pernah menyakiti, n memahami.tapi ada batasan antara kita..

"di bumi yg baru ini,bukan aku sekadar menyanyi 'sekeping hati dibawa berlari'...sambil menyanyi,sambil berjalan berhati2,agar tak terpijak lagi duri dan onar yg bakal membusuk di daging..."

Wednesday, September 10, 2008

makanan orang bujang

ini adalah roti telur gaya 'le pain aux oeufs d'anjut le beau'. guess the meaning..aku wat timee si faiz n amir bertandang.actually aku tak tau nak bg makan apa,mlm tu sejuk sgt n lapar sgt serta pening sangat.hahaha!


yg ni pulak adalah gabungan amerika, melayu n perancis. jadilah entree 'amermelancis'. yg ada serunding kat atas tu adalah sayur 'ratatouille' yg dimasak ngan keju, sos dia aku tak tau nak buat,so guna sos cili sini jer la. yg kecik2 macam bantal busuk tu sosej ayam turki.masa aku makan ni, si marc n ayie ckp 'kurik sgt makan gitu,semua nak gaya2!'.well,it's me!


yg ni ayam goreng berempah,si ayie yg buat.hahaa!boleh la rasanya,belajar slow2.tp hiasan tu import kepakaran chef jawa peranakan ayer hitam yg buat.nampak sedap kan?


ini pulak bukan makanan.tapi saper ni?hantu ka?jembalang ka?otromen ka?atau majistret ka?ini adalah dot dot dan dot(cuba teka,saper betul,aku bg french kiss!)!dia dtg pas terawikh nak check bilik aku.pastu aku pun tunjuk la salami ayam belanda yg belum masak.makhluk ni ajar aku makan mentah2!n dia mmg makan mentah2...adoi la....tak leh tahan perut aku.dia kata sedap,tapi bg aku,kena masak jugak!jgn marah eh,ko tak bg letak gmbr ni,tp aku letak jugak.




itu sebahagian masakan kami.sebenarnya kami ikut turutan memasak. aku dah buat kari n sup ayam.marc pulak specialist dlm masak sayur.yg ayie, dia semakin mahir memasak. (tiga org je lelaki,nak wat camana..).projek aku yg seterusnya adalah nasi dagang. sementelah menjadi org dagang kat negara org ni,boleh gak wat tema2 kurit2.may b esok kot...Fadly n kak Maya, bersedia yer utk mengecahkan dapur!hehe.utk semua, 'bon appetite!' tp lepas berbuka la...hehe


“Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang saleh” (Qs. Al-Mukminun:51).

Tuesday, September 9, 2008

a picture tells 1001 stories...




ini kalau tak silap aku bunga herlicornia (mcmana ntah eja) atau sepit ketam.jugak kat laman umah mak aku.


ini bukan bunga,ni Chibi!dia jadi model aku masa dulu.tapi dah tamat kontrak coz mama dia suruh afal ABC...umur dia tak leh kerja lagi..



Chibi berposing kat rumah Mak sg Balang.aku tak reti nak tukar mode dia jd gmbr zaman2 dulu.mayb korang leh tolong?


lihat langit yg membiru tu..subhanallah...semakin pintar aku menilik lensa,semakin dekat aku dgn Nya..


aman menjadi model separuh masa...saper leh tafsir gambar ni? bg aku ia seolah2 'org yg berpuasa tapi tgh sgt kelaparan menunggu bus untuk terlentang atas katil menunggu waktu berbuka'..



langit Franche Comte..



"bila Allah menjadikan sesuatu kejadian,ada rahmat disebalik nya,ada ujian yg akan menggangu nya, ada sinar di hujung sudut nya, ada kegelapan di tirai belakang nya dan ada makna di sebalik kejadian nya..."

Saturday, September 6, 2008

bila daku jatuh cinta lagi...

salam

satu...


aku tau,masa korang baca post ni,ada yg akan ckp,'ha,budak ni mesti nak cerita kat France..hahaha!!poyo jerk'..dan org nyer tentu la OTAI n PERTH coz kami pernah ckp pasal ni kat IPBA dulu..'mejah,mesti ko poyo kan nanti,kat blog tu letak gmbr banyak2.'..haha,apa aku peduli...blog aku...


ok la, terlebih dahulu,aku ingin ucapkan terima kasih kepada rakan2 yg sudi dtg ke KLIA..3 sepetember 2008,aku takkan lupa tarikh tu. besar betul makna persahabatan bagi korang ek?bayangkan,waktu puasa, hujan lebat,bus IPBA yg penuh sesak, ada yg naik motor (ngeri gila aku fikir,kalau la...)n mereka tunggu sampai la kami hilang kat check in dlm tu.-jadi siapa yg boleh bagitahu aku,ada tak aku peluang untuk lupakan diorang?tak de kan?- baik betul.mak n bapak aku pun tak dpt nak hantar haritu.yg ada,kakteh n family, kak ijah n husband, kaktam n friends n Mak Sg Balang sbgai ganti mak aku tym tu. in fact,parents aku tak berapa sehat,n bg diorang takde paper pun,coz mcm hantar g asrama je.yes mum,i'll return to malaysia.






rakan2 dari PISMP, bahaya la naik motor hujan2...nasib baik semua selamat...lps ni tak leh makan nasi goreng mat zul..






rakan-rakan dari TESL.thank u my potatoes for the card.


dua...

hati berdebar-debar masa naik tren ke balai berlepas tu..ada org buat lawak 'mejah,kitakan punya tiket kapal terbang,tapi kenapa naik tren je,sampai ke ni?'..hehe!lawak la...aku nak terguling2,nasib baik berpakaian formal,control sket....

dlm flight,rasa sejuk sgt.keistimewaan diberikan pada group kami coz student malaysia.pramugara n pramugari kat sana baik giler,asyik tanya je kitorang nak apa.takut sgt kitorang mati kat dlm tu.lama...13jam 45 minit...boleh pergi mid valley 10 kali tu!alhamdulillah,semua selamat...




di tempat penantian untuk check in seterusnya..(asmahan,aqmarina,kuku n sasi)..suka la tu dpt naik percuma.berbaloi jadi gila 2 taun setengah kat IpBA dulu kan?


aku pun nak jugak gambar,ni asyik aku je yg tangkap gmbr org...hehee..nampak tak pramugari belakang tu?seksi n baik...bleh buat awek angkat ni.


tiga...


dah sampai pun kat CHARLES de GAulle.masa tu kul 6.08 pagi kat sana.kami sahur kat flight,masa tu kat azerbaijan, so kena ikut waktu sana..bayangkan puasa 20 jam?korang tahan?aku tak tahan...kempis perut aku..

dekat sini,dilarang ckp english sama sekali...apa yg korang diluar sana tu (yg tak reti ckp perancis la!) boleh buat,tanya je dlm bahasa melayu,SERIOUS!baru dia orang akan tolong.n mayb after that u can start the conversation with english. tapi,org Paris sombong2 sket.mcm org2 kat bandar besar Malaysia la,ntah apa yg busy sgt sampai susah sgt nak minta tolong.tapi tak pe,kalo korang cerdik mcm aku,boleh je idup!hahahaharrrrunnn!!!



dari imigresen ke ruang legar airport




seronok nyer sekor2!(cantik kan gambar ni?pandai tak aku amik)


Malaysia embassy in Paris


si Aina n Aqmarina ni tak betol sket,mayb cuaca sejuk yg merencatkan otak utk berfungsi dgn baik?hehehe.lawak jer la apok n anok..


empat...


dari airport ke Besancon,naik bus yg disewa khas.cantik bus tu.siap ada cafe lg.lama perjalanan,dlm 6 jam.tapi aku tak tidor pun coz tgk ladang2 kat kiri kanan..sgt cantik..subhanallah..mmg sempurna kejadian Tuhan.-aku tak percaya dunia ni syurga org kafir semata,kita pun leh buat persekitaran kita jadi cantik kalau kita tau jaga..


piah yg terindu2 kampung halaman...kelantan darul naim..



lima...



tibalah kami di studio.cantik kawasan ni.nama tempat ni Planoise.ramai org arab n asia kat sini.masjid pun ada tiga (yg terdekat la)..pengalaman berbuka puasa kat masjid besar n solat jumaat di masjid turki,mmg tak leh lupa.tapi tempat ni ramai bela anjing.bukan anjing kurap mcm kat taman perumahan Sri sentosa tu...yg kecik2 mcm anak patung n yg besar2 mcm rimau!tapi sekor2 dah terlatih,korang leh main jilat2 ngan anjing ni walaupun dia lagi besar dari ko (sebenarnya kalo binatang ni melintas tepi aku,aku tutup mata je,so kalau dia gigit tak de la aku namapak!)

setiap sorang diberi sebuah studio (bukan studio rakaman n lukisan!).luas,cantik n MAHAL (kalo ko convert duit tu).biasalah,aku mmg suka duduk tempat mahal2 ni.bilik air aku pun leh wat tidor kalau ada org dtg tumpang.


aku tak dpt bawa org2 yg aku sayang,tapi aku bwk kenangan mereka bersama,walaupun agak malu mengusung benda2 ni kehulu kehilir dari malaysia ke France!besar sgt kad tu!


Dr Z memasak di studio sya (belakang dia).hari ni mkn nasi bukhara a la Dr Z.



enam...


ok,tibalah untuk shopping n sewaktu dengannya!kat sini semmua benda brand ternama.kuali aku paling murah jenama 'tefal', yg kalo ko beli kat malaysia harga dia rm250 sebijik.

outing ke bandar dia mmg best, bandar ni tersenarai sebagai khazanah UNESCO (ada 14 je bandar UNESCO,tp yg dua lagi dah out coz bnyk sgt ubah suai kat bandar tu)..masa jalan2 kat sini,ko akan rasa berjalan kat atas pentas peragaan.semua org nak nampak cantik n pelik.kalau diorang tu islam,mesti banyak dosa terkumpul coz seksi.ada jugak pengemis kat sini,mereka bela anjing yg besar2 (kalau nak tau,pengemis n anjing dia pun dpt elaun kat sini,lebih kurang rm1500,baik korang jadi pengemis kat sini!).


empat jejaka kacak menanti bus utk shopping (ko ingat pempuan je shopping?)


baju tu menampakkan lagi kegemukan aku.tu baju faiz,aku nyer aku simpan coz glamor sgt,nanti kalau ada majlis pakai trench coat baru aku pakai.


ni gereja apa ntah nama dia.


ni kira mcm starhill la..



terakhir...

ok la.sket2 dulu...aku ada tiga tahun lg kat sini (kalau pass exam la,mudah-mudahan)..tapi apa yg aku nak ckp,Malaysia,tanah air ku yg berdaulat,masyarakatnya,suasananya, n segala-galanya adalah yg terbaik pernah aku tengok (tgk2 gambar n cerita dlm intenet ngan ensiklopedia la)..at least korang kat sana cebok pakai air mutlak,kat sini pakai tisu jer..kesat pastu dah...


tapi tak pela,aku ni cepat selesa ngan tempat baru.coz i'm not complicated. aku jenis yg bersyukur je coz masih dpt bernafas...sebab itu org kata 'aku mudah jatuh cinta', n kali ni aku jatuh cinta lagi,dgn sebuah tempat yg bernama BESANCON...

-fin-