Saturday, August 16, 2008

updates...

akhirnya,berjaya jugak menempuh kelas2 di IPBA.hehehe...waktu yang penuh bermakna untuk aku.

petang jumaat tu sempat la aku melawat smap kajang.sekolah ku yang tercinta.terima kasih Ja'are yg baik budiman menghantar dan mengambil aku (kalo ko baca ni,mesti ko kembang semangkok!).ramai cekgu yang dah balik.sempat berborak dengan cekgu normah, Lin,Rosma,Yanti,Suzy,Arbain,Rahim,Che Som n teacher ke sayangan aku miss Sophia!

updates!smap kajang updates! hurmmm, x banyak berubah pun.melainkan cekgu2 tu rindu ngan budak2 batch aku.hehehe (terutama aku la!masuk bakul angkat sendiri).kenapa ntah,diorang kata batch 2004 yg paling gemilang n rapat ngan semua guru.yer ke?ke nak bodek aku ni?result paling gempak pun masa tu.heh?they never told me that b4!selain tu,ada 29 pelajar dari thailand yg menuntut kat Smap.program tajaan KPM.diorang ni akan belajar sampai habis form 5 kat sini.salut la kat ustazah che som tu,dia yg kena jd mak angkat bebudak ni coz dia sorang je yg bleh cakap thai.jgn terkejut,ustazah ni pun pandai ckp korea!hehehe.jumpa anak angkat dia erni dah besar.lawa betul!

ok,dah lebih sejam aku kat sana,tibala aku nak balik.Ja'are hantar smpai komuter kajang.seperti biasa la,public transport,benda yg aku penah tulis dulu jadi balik kt dlm komuter tu!wehhhhhhh!!!pakai la deodorant! stoking aku lagi wangi dari ketiak manusia2 ni!

sampai umah kakteh je rasa sunyi je,rupanya bibik dia balik indon mengejut.aku dah tau,tp ingatkan memain je yg mak dia dah nak nazak.tepaksa la aku jd bibik.nasib bek bebudak ni baik.tp aku suka sebenarnya,coz aku leh masak ape je yg aku nak,kalo ada dia kat dapur,susah aku nak gerak.nanti kang dia tanya banyak soalan...

sebenarnya aku nak balik johor.tp mak n ayah aku kata tak yah coz diorg dtg sini nanti.kaktam nak konvo,kaklong pun nak mai sini.hurmmmm...ramai yg nak dtg sini.diorang tak dpt hntr aku g klia nanti.aku pun tak kesah.takut nyusahkan diorg je kena amik cuti.so yg akan hantar aku hanyalah kakteh,abg teh,kak ijah n pak roci.

berdebar2 aku nak jumpa mak n ayah aku ni.bukannyer ape,aku takut sedih je..yer la...cuba ko bayangkan,ayah dah umur lebih 72,mak plak dah 60 berapa ntah,lupa aku.tp diorang dah sgt tua la.padahal diorang tak kesah pun,cuma aku sajer je nak wat konon2 manja la.sebab tu aku selalu malas balik johor.nanti la.1st ramadhan aku nak balik kejap sana.

aku sebenarnya teringin sgt nak jumpa adik aku si wawan tu.kesian dgn dia.misteri sket budak ni.tp x pela,remaja!kurit!aku dulu x teringin pun jd remaja (remaja ni lah yg org selalu anggap kita perlu melakukan perkara2 bodoh sbb kita takkan dpt balik waktu remaja ni.bodoh nyer anggapan!)baik aku berlatih perang...

sekarang ni aku tgh cuba habiskan buku 'don't be sad' kurniaan mahfuz.seronok gak buku tu.rasa sejuk je hati baca...terisi la sket rohani aku..

ok la...nanti aku tulis lg k..salam...


"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"