Sunday, July 27, 2008

antara Umar,Fatimah dan Tahaa...

salam...

pada hari ini,aku nak kongsi satu cerita...

dulu,hati aku rasa gundah jer.tengok orang semua benci.dasar panas baran.tapi aku teringat kisah Fatimah dgn Umar.kisah pengislaman umar.berkesan betul surah tahaa...skrg ni,aku masih amalkan.kalau bukan utk org lain,utk diri sendiri. sebuah surah penawar hati.ini antara surah yg aku suka.kisah perjalanan nabi Musa membawa kitab suci taurat.kisah persahabatan baginda dgn Harun yang diuji Allah (sahabat lagi?penat r...bosan)..

muqadimmah untuk hari ini, aku titipkan dengan serangkap ayat...

'Batu yg keras,air yg lembut..dua perbandingan amat berbeza,tiada siapa dpt menyangka,air yg mengalir dingin di kali,berupaya melembutkan batu...kejadian itu menjadi ilham....umpama kejadian hati dan zikir,hati bisa menjadi sekeras batu,zikir selembut air yg mengalir...'-(lirik lagu ni aku masih ingat,masa kecik2 dulu kak ngah aku suka pasang nasyid,lupa dah nama kumpulan n tajuk dia..tapi maksud dia mendalam...)

tersebut sebuah kisah pada zaman baginda Muhammad masih bernafas...

seorang arab jahiliyah yg paling digeruni di kota Mekkah, jalan mundar mandir...hembusan nafas dia sangat kuat..merengus2 bagai seekor lembu jantan yg mahu menanduk dan merobek2 perut seorang metador...dalam keadaan dipeenuhi nafsu amarah itu,seorang hamba Allah menyapa “wahai umar, apa yang kau cari?”

dengan nada memekik dan menyumpah2,dia menjawab “Muhammad! aku mahu cari dia untuk aku habiskan nafas nya dengan pedang ku ini!”

lelaki itu ketawa kecil seolah2 memerli, “wahai panglima,dari engkau sibuk2 mencari Muhammad,baik kau pergi kerumah adikmu si Fatimah.dengar kata,dia dah memeluk islam”.

terbakar telinga Umar,api amarahnya bagai letusan gunung berapi yang tiada sempadan..adiknya sendiri mengikut Muhammad.manusia yang paling dibencinya!dengan kilauan mata pedangnya,dia menuju ke rumah Fatimah.

rumah adiknya kelihatan sunyi...bagai ada sesuatu yg asing disana,sama seperti perasaan nya yg asing ketika itu..adik perempuannya yg paling disayangi,menkhianati dia...pintu diketuk berkali2.tapi tiada jawapan.makin kuat ketukan dan hampir tercabut daun pintu yg usang itu.

udara didalam rumah Fatimah terasa panas.adiknya pasti,itu suara abangnya.bukan setakat penduduk Mekkah,dia sendiri cuak dgn kelibat abangnya.dia gusar andai Umar mendapat tahu pengislamannya.

Dengan lemah longlai,dia menuju ke pintu...dia tau,lambat laun,umar akan masuk juga kerumah.

“kenapa kau lambat sangat? Apa yang kau buat tadi? Di tangan mu itu apa?”

Jemari fatimah semakin erat menggenggam ayat2 al quran yang sedang di baca sebentar tadi. Dia tak mahu abangnya merampas helaian suci itu.biarlah nyawanya menjadi taruhan.

“aku dengar kau dah jadi pengikut muhammad”, suara umar membelah kesunyian rumah.

“ya” belum sempat adiknya habis berbicara…PAAANNNNGGGGG !!!!

Sekali hayunan tangan sekeras waja itu, cukup member kesan keatas muka putih bersih itu..darah memancut keluar dari hidung Fatimah...badanya terenjut2 menahan kesakitan

Timbul perasaan bersalah dihati Umar..tatkala melihat adiknya bertubuh kecil itu menahan sakit.adik yg disayangi kini rebah di tangan sendiri…(kesat air mata jap)

“adik, bagi aku lihat apa yang kau baca tadi”.

“tidak mungkin, tubuh abang masih kotor! abang diharamkan memegang ayat suci ini”. Dengan suara terketar2 tapi tegas,Fatimah mengagahkan diri berbicara. Demi Tuhan,kesucian helaian itu lebih utama dari kesakitan yg dia rasai tadi.
“abang kena mandi dulu,baru ku izinkan melihat naskhah ini”

Demi cinta yg masih berbaki dilubuk hati,diturutkan kata adiknya...seusai mandi,dia meminta helaian yg dipegang Fatimah....

surah tahaa ayat 1-6.
1]
Taa’ Haa.
[2]
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
[3]
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
[4]
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
[5]
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
[6]
Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi

bulu romanya meremang,bagai ada satu rasa yang meresap ke sekeping hatinya...terasa lemah,kacau,gundah dan keliru.... “ini bukan rekaan muhammad, tak mungkin muhammad dapat buat sesuatu yang indah seperti ini.”

“mana muhammad? aku mesti jumpa dia”

Fatimah khuatir andai abangnya ingin mengapa2kan Muhammad.dia lebih rela dirinya sendiri dihiris2 mata pedang abangnya dari melihat Rasul yg dicintai nya diperapa2kan.

“kau nak buat apa dengan Muhammad?”

“aku mesti mengisytiharkan keIslamanku depan muhammad sendiri”

“benarkah begitu?”timbul sedikit perasaan was2 dihati adiknya...

“ya, sekarang beritahu aku di mana Muhammad”

“Muhammad, rasuluLlah di bukit saffa”

Bagai semberani terlepas di padang,dia segera menuju ke bukit Saffa.semakin difikir surah yg baru dibaca tadi,semakin kuat perasaan nya mahu berjumpa Muhammad.

Ketika itu,Rasullullah sedang bermuzakarah bersama sahabat2.tiba2,dtg seorang arab member tahu kehadiran Umar dengan pedannya dlm keadaan tergesa2.

Hamzah rasa tercabar! Dia sudah berkira2 mengatur langkah bertempur dengan Umar yg keras kepala itu..

“wahai Muhammad, kau jangan bangun, biar saja akuyang bereskan si umar itu”

Baginda menyuruh hamzah duduk.shabt2 yg lain kelihatan gusar.tapi dengan tenang,beliau menuju ke daun pintu.kedengaran suara Umar memanggil2 baginda.

RasuluLlah membuka pintu lantas mencapai leher baju umar. dipulas dan ditariknya umar sehingga hampir jatuh. umar tidak pula melawan.

“tiada Tuhan selain Allah, dan kamu Muhammad adalah pesuruh Allah”

Rasullullah terus memeluk Umar. Beliau pernah berdoa dihadapan Baitullah agar satu dari dua umar memeluk Islam iaitu umar al khattab atau umar bin syam (abu jahal).

Sinar Islam semakin terang selepas itu.Bunga2 cinta akan agama yg benar ini semakin mekar.

Perjalanan yg pada mulanya disertai nafsu amarah yg maha hebat untuk membunuh Rasullullah,bertukar menjadi sekeping hati yg takut pada Tuhannya...antara Umar,Fatimah dan Tahaa....

-kepada rakan2,sila sampaikan kisah ini pada yg lain...aku tak kisah kalau nak di Copy Paste ke apa?ini pun cerita yg aku kisahkan kembali tapi masih menjaga isi nya yg asal.wallahualam.

Saturday, July 19, 2008

berlari dan terus berlari...

salam sejahtera...

pagi td,lepas subuh,aku terdengar suara halus berbisik.syaitan?iblis?malaikat?jin?Allah je yg tahu perkara samiyyat nya.tapi aku cuba paham maksud dia."berlari dan terus berlari,hanya kau yg tau mana tempat kau harus berhenti"...ditilik beberapa kali,itu la suara sekeping hati ini...(hehee,mcm Faisal Tehrani tak?).

kenapa cakap mcm tu?hitung-hitung pakai jari,tinggal 4 minggu je kat IPBA ni,termasuk seminggu BTN...cepat masa berlalu.rasa macam semalam terbau2 kuih seri muka yang aku beli kat kantin masa pendaftaran tu.lepas ni,memang betul aku akan terus kehadapan.betul kan niat dulu.satu je aku target,nak jd best student kat universiti nanti.

IPBA ni kecik jer.berlari 2pusingan baru dapat lebar SMAP kajang.mungkin 5 pusingan,baru dapat matrik penang.tapi cabaran dan dugaan nya,maha dahsyat.aku hampir gila duduk sini.(macamana la budak2 PISMP kan?doa semoga diorang bertahan)...tapi kalau terkenang balik peristiwa2 kat sini,aku tergelak jugak.macam budak kecik.'tak nak kawan ko'..esok lusa 'jom kita makan sama2'...bercakar,bertepuk,berulit,merongeng,makan,minum,bermain bahkan kentut pun bersama.nasib jd budak french,tak boleh sombong sangat.kaum minoriti kena la berbaik dengan semua manusia,nanti kena pulaukan...

for this 4 last weeks,aku x nak cari pasal dgn org dah.duduk diam2,buat kerja.report SBE belum buat lagi.budak lain dah semangat dah buat.aku nak buat elok2.buat sehabis baik.hehehe...ok la.gtg now.bye!


"berlari mejah,terus berlari...tapi berhati2 jgn sampai tersandung.dunia akan terus berpusing.andai ia berhenti pun,teruskan berlari.satu masa,sampai kat destinasi,lepas segala penat n itulah rasa seronok yg paling nikmat dalam hidup..."

Wednesday, July 16, 2008

lepak!

salam.

baru balik dari mid td.sajer lepak ngan Farouq,Imran n Syafiq...kebetulan besday Imran..pergi la ke Carls Jr.nak muntah aku makan burger dia.besar sangat.nway,hepi besday Imran.






syafiq,farouq n imran
pastu jejalan la kat mid.teman syafiq beli hadiah untuk awek dia.cari2,x jumpa pun.x pe.aku suka jalan2 lelama.bleh bakar lemak.kuikuikui.


sebenarnya,semenjak dua menjak ni,hati aku rasa gembira..masalah semua selesai(in fact,tgl satu lg x settle n x kan settle).Mis ho pun dah jd siuman.n aku suka plak program 'l'introduction pour C1' selama 4 minggu terakhir ni..semua lecturer dah jd best.x de la kelam kabut sangat.td dpt surat g BTN.kena g skali ngan budak KPM,Mara,MISC,n petronas.27hb sampai la 31hb 7 ni..penat nyer.pastu ada camping plak ngan HEP..hehe.x sabar nye aku.walaupun port dickson tu x menarik sgt.(jgn marah org PD).

ok.skarang ni,aku tgh tunggu abang aku si aan tu dtg.nak ajak dia shopping.ushar2 mana yg patut.kopak la aku minggu ni...

Saturday, July 12, 2008

rasa-rasanya mereka tau tak?

mendongak ke langit,terus kagum dgn bintang..kenapa Allah mencipta mereka terlalu cantik...bulan pun sama...kalo dia tu manusia,aku cemburu dgn orang yg boleh kahwin dgn dia...matahari pulak,bersinar cerah lepas subuh..petanda hari baru akan muncul dan satu sejarah akan tercipta...

banyak betul kelebihan diorang ni...cantik,gagah,kuat,glamor,pandai..etc...nak banding dgn kita,bagai pipit dgn enggang.

tapi rasa2 korang la kan: bintang2,bulan n matahari tau tak yg kita kagum dgn dia?kita perlu tengok mereka tiap hari?kita rindu,sayang,n hormat mereka?doa2 la agar Allah bgtau kat diorang sebenarnya kita selesa mereka ada.tapi kalau mereka tak suka, meh ramai2 pejam mata kalau kejora muncul,tutup tingkap kalau purnama mengambang, sembunyikan diri kalau sang suria muncul di ufuk timur...





tapi diorang pun tak payah la berlagak..diorang pun ciptaan Tuhan.satu hari nanti,bintang2 akan gugur.rembulan terus pudar sinarnya...matahari akan habis bahan bakarnya.selama ini yg berada di langit,akan tersembam jatuh kebumi.tak caya?jumpa la Allah,padamkan qadar ni kat luh mahfuz tu.aku tak kesah,aiman pun tak kesah...

Saturday, July 5, 2008

apa nak buat ek?

buat bodoh jer....kan best pura-pura bodoh tapi sebenarnya cerdik,lucu,kaya,kacak,n versatile......